England, Perancis Tempah Tiket Ke Suku Akhir

Diterbitkan: Rabu, 20 Jun 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Wayne Rooney menjaringkan gol tunggal untuk England.
Wayne Rooney menjaringkan gol tunggal untuk England.

DONETSK: Penyerang Manchester United, Wayne Rooney yang membuat penampilan pertama Euro 2012 mencipta impak segera apabila tandukan golnya membantu England mengatasi Ukraine dengan 1-0 pada aksi terakhir Kumpulan D, awal pagi Rabu.

Kemenangan itu sekaligus melayakkan skuad Three Lions ke suku akhir dan menyingkirkan tuan rumah bersama itu.

Rooney yang digantung beraksi dalam dua perlawanan pertama itu, mensia-siakan satu peluang keemasan pada babak pertama.

Namun, Rooney tidak membiarkan dirinya kecewa lagi apabila tiga minit selepas separuh masa kedua bersambung, dia mudah menanduk hantaran lintang Steven Gerrard yang sebelum itu tertampan pertahanan Ukraine dan gagal ditangkap kemas penjaga gol, Andriv Pyatov.

Terdesak mencari kemenangan untuk mara, Ukraine hampir menyamakan kedudukan pada minit ke-62 apabila percubaan Marco Devic berjaya dikeluarkan John Terry di garisan gol.

Seluruh pasukan Ukraine dan puluhan ribu penyokong yang menyangka gol berjaya diperolehi bagaimanapun kecewa apabila penjaga garisan memutuskan sebaliknya.

Dalam perlawanan berasingan, Perancis tumpas mengejut 0-2 kepada Sweden yang sudah pun tersingkir.

Namun kekalahan itu tidak menyekat peluang Les Bleus daripada meneruskan kemaraan ke peringkat suku akhir.

Sweden memperolehi gol pembukaan daripada kapten, Zlatan Ibrahimovic yang membolosi gawang lawan dengan sepakan gunting menakjubkan pada minit ke-54.

Pada minit ke-90, Sebastian Larsson menambah gol kedua untuk menamatkan kempen Euro dengan penuh bermaruah.

Ia bukan sahaja mata sulung berjaya diraih Sweden, malah juga merupakan kemenangan sulung ke atas Perancis dalam tempoh yang berlanjutan selama 43 tahun sejak Oktober 1969.

Ekoran kekalahan itu, England kini mengetuai Kumpulan D dengan tujuh mata dan akan bertemu naib juara Kumpulan C, Itali.

Perancis pula bakal menghadapi jadual getir bertemu juara bertahan, Sepanyol.

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan