Drogba Sertai Shanghai Shenhua Dengan Bayaran £200,000 Seminggu

Diterbitkan: Rabu, 20 Jun 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Didier Drogba
Didier Drogba

DIDIER DROGBA, penyerang Chelsea yang telah memainkan peranan utama dalam mengembalikan maruah serta kejayaan kelab itu musim lalu termasuk menjaringkan gol kemenangan dalam perlawanan akhir Piala Juara-Juara Eropah mengesahkan pada Rabu yang dia akan menyertai kelab China, Shanghai Shenhua.

Penyerang berusia 34 tahun itu turut mengesahkan bahawa dia akan menandatangani kontrak bernilai £200,000 seminggu selama dua setengah tahun.

"Saya telah menimbang pelbagai opsyen sejak beberapa minggu yang lalu tetapi saya merasakan tawaran Shanghai Shenhua FC adalah yang terbaik untuk masa ini," ujarnya sebagaimana dipetik oleh akhbar The Sun UK.

Keputusan Drogba itu akan menyatukannya semula dengan bekas rakan sepasukannya, Nicolas Anelka yang telahpun menyertai kelab berkenaan Januari lalu.

Kelab itu kini dilatih oleh bekas pengurus Argentina, Sergio Batista.

Batista mengalu-alukan kehadiran Drogba bersama pasukannya musim depan dan penyertaan pemain antarabangsa Ivory Coast itu akan meningkatkan reputasi kelab Liga Super China itu di mata dunia.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan