Euro 2012: Itali Boleh Menang - Trapattoni

Diterbitkan: Selasa, 19 Jun 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Giovanni Trapattoni
Giovanni Trapattoni

JURULATIH Republik Ireland, Giovanni Trapattoni berkata, negara kelahirannya, Itali mempunyai harapan untuk menjuarai Euro 2012 selepas menamatkan kempen Kumpulan C dengan tiga kekalahan berturut-turut termasuk tewas 0-2 kepada Azzurri, awal pagi Selasa.

"Sekiranya ada pasukan lebih kuat telah pulang, ini bermakna pasukan Itali mempunyai kualiti untuk meneruskan aksi sehingga tamat kejohanan," katanya selepas perlawanan.

Trapattoni berkata, Ireland kembali mempamerkan aksi meyakinkan pada perlawanan menentang Itali selepas tewas 1-3 kepada Croatia dan 0-4 kepada Sepanyol.

"Saya rasa petang ini kami bermain lebih baik berbanding perlawanan menentang Croatia dan Sepanyol. Kami ada personaliti, keyakinan dan penuh komitmen," jelasnya.

Menurut Trapattoni, jaringan pada babak pertama oleh Antonio Cassano (m-35) telah meranapkan semangat pasukannya, dan bukan pada minit ke-90 selepas Mario Balotelli menjaringkan gol kedua.

"Pada aksi 20 atau 30 minit permainan, kami beraksi dengan baik, malah mendapat peluang untuk cuba menjaringkan gol, namun selepas gol pertama dijaringkan lawan, kami seperti sudah tamat bermain," katanya.

Kemenangan Itali ke atas Ireland ini sekali gus membawa pasukan kendalian Cesare Prandelli mara ke pusingan suku akhir selepas menguasai tangga kedua kumpulan (5 mata) , di belakang Sepanyol yang mengutip tujuh mata keseluruhan.

Senarai pemain

IRELAND:

Given, O'Shea, Dunne, St Ledger, Ward, Duff, Whelan, Andrew, McGeady, Doyle, Keane (Pemain simpanan): Westwood, Forde, Kelly, McShane, O'Dea, Gibson, hunt, Green, McClean, Walters, Long, Cox.

ITALI:

Buffon, Chiellini, De Rossi, Barzagli, Abate, Balzaretti, Pirlo, Motta, Marchisio, Cassano, Di Natale (Pemain simpanan): Sirigu, De Sanctis, Maggio, Ogbonna, Giaccherini, Montolivo, Diamanti, Nocerino, Balotelli, Borini, Giovinco.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan