Lions XII Belasah Sabah 9-0

Diterbitkan: Ahad, 17 Jun 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Liga Super pada musim ini mencatat sejarah buruk dalam rekod perlawanan apabila pasukan Lions XII dari Singapura membelasah Sabah 9-0 di Stadium Jalan Besar, Singapura, Sabtu.

Dengan kejayaan tersebut, Lions XII terus mengutip tiga mata penuh dan berada di kedudukan teratas liga dengan kutipan 47 mata selepas 23 perlawanan.

Pesta gol pasukan Lions XII bermula apabila Agu Casmir menjaringkan gol pertama pada minit ke-19 diikuti dua gol oleh Hariss Harun pada minit ke-22 dan 44.

Shahdan Sulaiman kemudiannya menambah kedukaan pasukan lawan apabila menjaringkan dua gol pada minit ke-62 dan 64.

Baki empat gol skuad Lions XII lagi dijaringkan oleh Irwan Shah pada minit ke-68, Hariss Harun (73), Sufian Anuar (84) dan Shahrul Azhar menutup tirai jaringan pada minit ke-89.

Sementara itu, Kelantan terus mengutip tiga mata penuh apabila menewaskan Kedah 2-1 di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Kota Bharu.

Kesilapan yang dilakukan oleh pemain Kedah, Mohd Fazliata Taib membawa padah apabila beliau menjaringkan gol sendiri pada minit terakhir separuh masa pertama.

Kelantan membuka tirai jaringan menerusi Mohamad Ghaddar Mahmoud pada minit ke-22 manakala gol saguhati Kedah dijaringkan oleh Khairul Muhaimen pada minit ke-88.

Di Stadium Perak, Ipoh, Perak mengalahkan Johor FC 2-1.

Gol tuan rumah dijaringkan oleh Mohd Fariuddin Roddin seawal minit kesembilan dan Albert Bodjongo pada minit ke-49 manakala gol saguhati Johor FC disumbangkan oleh Arthur Henrique pada minit ke-68.

Selangor pula menang tipis 1-0 kepada Sarawak di Stadium Negeri Sarawak, Kuching dan gol tunggal pasukan pelawat dijaringkan oleh Bosko Balaban seawal minit kelapan.

Felda United pulu mengalahkan Negeri Sembilan 1-0 dengan hasil jaringan Farderin Kadir pada minit ke-74.

Manakala Kuala Lumpur seri 1-1 kepada Selangor PKNS di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) Kelana Jaya. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan