Tiket Malaysia-Arsenal Mula Dijual Hari ini (Jumaat)

Diterbitkan: Jumaat, 15 Jun 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Tiket bagi perlawanan persahabatan antara kelab Liga Perdana Inggeris (EPL), Arsenal dan Pilihan Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini pada 24 Julai ini, dijual hari ini (Jumaat).

Tiket berharga RM58, RM68, RM108 manakala tiket VIP terhad berharga RM388 boleh dibeli di semua kedai barangan Nike mulai 15 sehingga 21 Jun ini.

Pas percuma untuk menyaksikan sesi latihan terbuka akan diberikan bagi setiap pembelian tiket.

Mulai 22 Jun ini, tiket hanya boleh dibeli di kaunter Ticketpro, Ticketpro hotline 03-7880-7999 dan atas talian di www.ticketpro.com.my.

Sementara itu, Ketua Eksekutif Arsenal, Ivan Gazidis berjanji akan menampilkan kesebelasan utama pemain untuk jelajah pra musim itu.

"Walaupun beberapa pemain sedang beraksi di Kejohanan UEFA Euro 2012 ketika ini, namum pemain berkenaan akan diberi rehat selama tiga minggu sebelum memulakan semula latihan bagi menghadapi musim EPL akan datang.

"Berdasarkan sambutan luar dugaan daripada peminat kami di sini tahun lepas, kami bangga untuk kembali ke Kuala Lumpur," katanya kepada pemberita pada majlis pelncaran jualan tiket di Jalan Telawi, Bangsar, Khamis.

Perlawanan tersebut, anjuran Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan dipromosikan oleh ProEvents Group.

Dalam pada itu, sempena perlawanan persahabatan itu, peminat 'Gunners' berpeluang bersama kelab kesayangan mereka menerusi peraduan 'Be a Super Gunner' yang bermula Jumaat sehingga 30 Jun ini.

Menurut Pengarah Urusan ProEvents International Sdn Bhd, San Boon Wah, peminat perlu menghantar klip video selama 10 hingga 15 saat dengan menceritakan mengapa mereka adalah 'Super Gunner'.

Katanya bagi menyertai peraduan itu, peserta perlu membeli satu tiket perlawanan untuk satu penyertaan sahaja.

Klip video itu perlu dihantar kepada penganjur menerusi e-mel di alamat beasupergunner@proevents.com, dengan menyatakan nama, nombor telefon, alamat e-mel serta nombor siri tiket.

Peminat boleh mendapatkan maklumat lanjut dengan melayari www.proevents.com.-BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan