Euro 2012: Torres Jaring Dua Gol Bantu Sepanyol Tewaskan Ireland 4-0

Diterbitkan: Jumaat, 15 Jun 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Torres meledak dua gol pada aksi menentang Ireland awal pagi Jumaat.
Torres meledak dua gol pada aksi menentang Ireland awal pagi Jumaat.

PENYERANG Sepanyol, Fernando Torres menjaringkan dua gol bagi membantu pasukannya menewaskan Republik Ireland, 4-0 pada aksi Kumpulan C awal pagi Jumaat.

Torres menjaringkan dua gol pada minit ke-4 dan 70 perlawanan, manakala dua gol lagi dilakukan oleh David Silva (m-49) dan Cesc Fabregas pada minit ke-82.

Kemenangan ini sekaligus meletakan pasukan juara dunia itu berada di kedudukan teratas Kumpulan C dengan empat mata, diikuti rapat dengan pasukan Croatia (4 mata), Itali (2 mata) dan Republik Ireland di tangga keempat.

Bagaimanapun kedudukan ini belum masih belum selamat bagi pasukan kendalian Vicente del Bosque ini dan hanya akan layak sekiranya berjaya mengalahkan musuh terdekat Croatia bagi perlawanan terakhir kumpulan pada 19 Jun ini.

Senarai pemain

Sepanyol:

Casillas, Jordi Alba, Sergio Ramos, Pique, Arbeloa, Xabi Alonso, Busquets, Xavi, Iniesta, Torres, Silva

Ireland:

Given, Ward, Dunne, St Ledger, O'Shea, McGeady, Whelan, Andrews, Duff, Keane, Cox

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan