Euro 2012: Mereka Bermain Seperti Orkestra -Trapattoni

Diterbitkan: Jumaat, 15 Jun 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Giovanni Trapattoni
Giovanni Trapattoni

PEMAIN tengah Ireland, Keith Andrews mendakwa pasukannya tidak mengambil sebarang iktibar pada pertemuan pembukaan Kumpulan C minggu lalu apabila sekali lagi tewas 4-0 kepada Sepanyol sekaligus terkeluar pada saingan Euro 2012.

Sebelum ini pasukan Ireland juga tewas 0-3 kepada Croatia dan harapan untuk mengutip mana penuh ketika pertemuan menentang Sepanyol awal pagi tadi amat tipis.

Pengendali Ireland, Giovanni Trapattoni berkata pemain-pemainnya bermain seperti orkestra.

"Kami telah cuba bercakap esbelum perlawanan agar belajar sesuatu daripada perlawanan sebelum ini, namun mereka terus melakukan kesilapan dalan memberi fokus dan ia amat menyakitksan hati.

"Secara majorinya kami seperti mengejar bayang-bayang dan kami langsung tidak dapat mendekatinya. Mereka sangat menakjubkan," katanya.

Trapattoni juga turut mengkritik pasukannya, sebaliknya memuji skuad Sepanyol namun dalam masa sama turut mengharap pemain-pemainnya memberi sesuatu pada perlawanan terakhir menentang Itali pada 19 Jun ini.

"Untuk kali kedua kami mengaku kalah selepas tiga minit, yang mana segala taktikal semua sudah hilang, dan kesilapan yang kami lakukan telah menjatuhkan psikologi masing-masing.

"Mereka telah menjadikan pemain-pemain bersikap rendah diri, bimbang sekaligus membawa mereka terus melakukan kesilapan.

"Saya juga turut terfikir kekecewaan yang dialami oleh orang-orang Irish. Penyokong-penyokong memberi sorakan walaupun kami ketinggalan dan semua pemain perlu sedar keadaan ini.

"Mereka perlu bangkit menentang Itali. Kami perlu menjalankan tugas dengan terbaik," jelasnya.

Sementara itu, Trapattoni turut berkata, permainan seperti orkestra dan pasukan Sepanyol tidak menggunakan tenaga sepenuhnya.

"Sepanyol boleh bermain dengan menutup mata," tambahnya.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan