Di Matteo Kini Bersama Chelsea Sepenuh Masa

Diterbitkan: Jumaat, 15 Jun 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Di Matteo menerima ucapan tahniah sebaik sahaja Chelsea berjaya menewaskan Bayer Munich pada Liga Juara-Juara Eropah mei lalu.
Di Matteo menerima ucapan tahniah sebaik sahaja Chelsea berjaya menewaskan Bayer Munich pada Liga Juara-Juara Eropah mei lalu.

LONDON: Chelsea, yang memenangi Liga Juara-Juara, pada Rabu, melantik Roberto di Matteo sebagai pengurus tetap dan jurulatih pasukan mereka yang pertama dengan kontrak selama dua tahun.

Di Matteo, 42, yang mengambil alih tugas daripada Andre Villas-Boas pada Mac secara interim, membawa Chelsea memegang gelaran Liga Juara-Juara dan memenangi Piala FA pada musim lalu.

Bekas pemain tengah Chelsea dan Itali itu berkata: "Jelas sekali saya gembira telah dilantik sebagai pengurus dan jurulatih pasukan yang pertama.

"Kami semua mencapai kejayaan luar biasa pada musim lalu yang telah mencipta sejarah hebat untuk kelab ini. Matlamat kami adalah untuk terus meningkatkan prestasi dan saya telah membuat perancangan dengan harapan skuad ini dapat kembali beraksi pada musim akan datang."

Ketua Eksekutif Chelsea, Ron Gourlay menambah: "Kualiti Roberto jelas dapat dilihat oleh semua apabila beliau membantu kelab ini mencipta sejarah dan pemilik serta lembaga pengarah amat berharap beliau akan meneruskan kerja yang baik itu."

Tiada kelab di London yang pernah memenangi Piala Eropah atau Liga Juara-Juara sehinggalah Chelsea menewaskan Bayern Munich dengan sepakan penalti pada Mei lalu.

Di Matteo, pengurus dari Itali yang keempat mengurus Chelsea selepas Gianluca Vialli, Claudio Ranieri dan Carlo Ancelotti, kini meneruskan hubungan dengan kelab yang bermula pada tahun 1996.

Villas-Boas, seorang Portugis adalah pengurus keenam dipecat oleh pemilik Chelsea, Roman Abramovich sejak hartawan Rusia itu membeli kelab ini pada tahun 2003.

Villas-Boas, yang tiba dari Porto pada Jun 2011, yang dibayar telah meninggalkan keputusan mengecewakan dengan meninggalkan Chelsea di tempat kelima dalam Liga Perdana Inggeris dan di ambang penyingkiran daripada Liga Juara-Juara musim ini selepas kekalahan 3-1 di Napoli dalam pusingan terakhir perlawanan.

Tetapi beliau membawa di Matteo kembali ke Stamford Bridge pada awal musim lalu dan pemain popular Itali popular ini mampu untuk membaiki hubungan dengan pemain senior seperti John Terry dan Frank Lampard yang mempunyai hubungan tegang di bawah Villas-Boas.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan