Skuad Harimau Muda A Bertemu B-22 Qatar Ahad Ini - Bola Sepak | mStar

Skuad Harimau Muda A Bertemu B-22 Qatar Ahad Ini

Diterbitkan: Rabu, 13 Jun 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Skuad Harimau Muda A akan mengadakan perlawanan persahabatan antarabangsa dengan skuad bawah 22 tahun Qatar di Stadium Shah Alam, Ahad ini.

Perlawanan itu akan bermula pada 4.30 petang dan tiket akan dijual mulai 2 petang, kata Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dalam kenyataan, Rabu.

Harga tiket ialah RM20 untuk dewasa dan RM5 untuk kanak-kanak bawah 12 tahun.

Menurut FAM, pasukan bawah 22 tahun Timor Leste, yang dijadual menentang skuad Harimau Muda A pada tarikh sama, telah menarik diri atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.

Perlawanan itu merupakan sebahagian daripada persediaan skuad bimbingan Ong Kim Swee bagi menghadapi pusingan kelayakan Piala AFC bawah 22 tahun akhir bulan ini.

Piala AFC itu adalah kejohanan pertama kali dianjurkan AFC dengan penyertaan 41 pasukan dari benua Asia.-BERNAMA

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan