Euro 2012: Republik Czech Menang 2-1 Ke Atas Greece

Diterbitkan: Rabu, 13 Jun 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Tomas Sivok teruja meraikan kejayaan pasukannya ke atas Greece, Rabu.
Tomas Sivok teruja meraikan kejayaan pasukannya ke atas Greece, Rabu.

REPUBLIK Czech mencatat kemenangan penting apabila mengatasi Greece 2-1 dalam perlawanan kedua Kumpulan A Euro 2012.

Petr Jiracek menjadi penjaring gol pertama Czech pada minit ketiga sebelum Vaclav Pilar menjadikan kedudukan 2-0, tiga minit kemudian.

Greece cuba mempamerkan kebangkitan pada separuh masa kedua selepas berjaya mendapat gol melalui Theofanis Gekas pada minit ke-53.

Namun, kedudukan perlawanan tidak berubah sehingga wisel penamat sekali gus menghadiahkan tiga mata pertama buat Czech dan mencerahkan laluan mereka ke peringkat suku akhir.

Pasukan kendalian Michal Bílek akan beraksi menentang Poland 17 Jun ini, manakala Greece pula akan bertemu Rusia bagi perlawanan ketiga kumpulan.

Senarai pemain

Greece:

Chalkias, Torosidis, Kyriakos Papadopoulos, Katsouranis, Holebas, Fotakis, Maniatis, Karagounis, Salpingidis, Samaras, Fortounis. (Pemain simpanan) Tzorvas, Tzavelas, Malezas, Makos, Liberopoulos, Mitroglou, Gekas, Ninis, Fetfatzidis, Sifakis

Republik Czech :

Cech, Gebre Selassie, Sivok, Kadlec, Limbersky, Hubschman, Plasil, Jiracek, Rosicky, Pilar, Baros. (Pemain simpanan) Lastuvka, Suchy, Hubnik, Necid, Rezek, Petrzela, Rajtoral, Kolar, Pekhart, Lafata, Darida, Drobny

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan