Euro 2012: Poland - Rusia Raih Seri 1-1

Diterbitkan: Rabu, 13 Jun 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Blaszczykowski (tengah) menjaringkan gol penyamaan pada aksi menentang Rusia, awal pagi Rabu.
Blaszczykowski (tengah) menjaringkan gol penyamaan pada aksi menentang Rusia, awal pagi Rabu.

RUSIA dan pasukan tuan rumah, Poland berkongsi satu mata selepas kedua-dua pasukan seri 1-1 dalam perlawanan kedua Kumpulan A Euro 2012.

Gol pertama perlawanan dijaringkan oleh Alan Dzagoev pada minit ke-37 sekali gus menjadi penjaring terbanyak Euro 2012 setakat ini dengan tiga gol.

Bagaimanapun, ketua pasukan, Jakub Blaszczykowski menyelamatkan maruah selaku tuan rumah melalui jaringan menarik pada minit ke-57 bagi memastikan peluang Poland ke suku akhir masih terbuka.

Rusia kini mendahulu kedudukan bagi Kumpulan A dengan 4 mata, diikuti Czech tiga mata, manakala Poland (2 mata) dan Greece satu mata.

Senarai pemain:

Poland:

Tyton, Piszczek, Wasilewski, Perquis, Boenisch, Dudka, Polanski, Blaszczykowski, Murawski, Obraniak, Lewandowski; (Pemain simpnanan) ;Sandomierski, Wojtkowiak, Kaminski, Matuszczyk, Rybus, Wawrzyniak, Sobiech, Mierzejewski, Wolski, Grosicki, Brozek

Rusia:

Malafeev, Aniukov, Berezutsky, Ignashevich, Zhirkov, Shirokov, Denisov, Zyryanov, Dzagoev, Kerzhakov, Arshavin; (Pemain simpanan) Akinfeev, Sharonov, Izmailov, Pavlyuchenko, Kombarov, Kokorin, Granat, Pogrebnyak, Nababkin, Glushakov, Semshov, Shunin

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan