Euro 2012: Kami Perlu Bangkit - Gerrard

Diterbitkan: Rabu, 13 Jun 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Gerrard (kiri) cuba dihalang pemain Perancis, 
Yohan Cabaye ketika pertemuan England-Perancis Ahad lalu.
Gerrard (kiri) cuba dihalang pemain Perancis, Yohan Cabaye ketika pertemuan England-Perancis Ahad lalu.

KAPTEN England, Steven Gerrard yakin skuad The The Lions patut mengambil peluang ke atas keputusan seri 1-1 ketika bertemu Perancis Ahad lalu menjelang perlawanan menentang Sweden di Kiev Ahad ini.

Gerrard yakin dengan kemampuan pasukannya mengutip mata pada pertemuan ini walaupun sedar rekod kemenangan tidak pernah berpihak kepadanya dalam tempoh 40 tahun.

"Kami tidak akan beralah dan apa yang kami perlukan ialah mengharungi setiap perlawanan dengan baik seperti mana ketika bertemu Perancis.

"Kami akan menilai setiap perlawanan dan apa yang perlu diperbaiki ketika bertemu Sweden nanti.

"Pasukan memerlukan tiga mata dan keputusan seri baru-baru ini telah memberi impak besar kepada pemain.

"Pertemuan dengan Sweden bukanlah mudah. Kami menghormati mereka, tetapi ini perlawanan yang perlu dimenangi," katanya.

Kapten Liverpool ini juga mengakui keputusan perlawanan pertama baru-baru ini telah memberi perubahan drastik kepada semua pemain.

"Mereka lebih yakin dan percaya di antara satu sama lain. Ini membuktikian bahawa Roy Hodgson telah memberi sesuatu yang berkualiti ketika bertemu Perancis tempoh hari.

"Pemain-pemain menerima corak disiplin yang diajar oleh pengurus dan dia memberi pesanan yang betul-betul berkesan," tambahnya.

Tags / Kata Kunci: Steven Gerrard , The Three Lions , Kiev

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan