England Paling Pasif Dari Kalangan 16 Pasukan

Diterbitkan: Rabu, 13 Jun 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PENGURUS ENGLAND, Roy Hodgson menegaskan bahawa pasukannya akan bertambah baik selepas berjaya mengekang serangan bertubi-tubi skuad Perancis dalam perlawanan pembukaan mereka dalam Euro 2012 tengah malam semalam yang membawa kepada seri 1-1.

Bagaimanapun, pelbagai pihak tidak berkongsi pendapat dengan Hodgson malah berkata, persembahan England adalah yang paling pasif di kalangan 16 pasukan yang telahpun selesai melalui saingan pertama minggu ini.

Penulis yang turut menyaksikan permainan England, pada suatu ketika mengira tidak kurang dari 14 tendangan ke belakang berturut-turut dilakukan oleh pemain-pemain tengah England kepada rakan mereka di barisan pertahanan ketika berlangsungnya separuh masa kedua.

Hodgson berkata, pasukannya telah mempersembahkan daya tahanan yang tinggi tetapi statistik juga menunjukkan yang England hanya mampu membuat satu percubaan tepat ke arah pintu gol Perancis manakala pasukan kendalian Laurent Blanc itu telah melakukan tujuh percubaan tepat ke arah gol.

Dari segi penguasaan permainan pula, pasukan Perancis menguasai 65 peratus bola manakala England 35 peratus sahaja.

Sebelum Steven Gerrard melakukan hantaran sepakan percuma yang tepat ke arah Joleon Lescott untuk pemain pertahanan itu menjaringkan golnya yang pertama untuk pasukan England pada minit yang ke-30, England hanya mampu membuat satu percubaan bahaya iaitu melalui sepakan James Milner dari sudut kiri pintu gol Perancis selepas menerima hantaran bijak daripada Ashley Young.

Tetapi Hodgson mempertahankan gerak permainan pasukannya.

“Anda tidak menjadi satu pasukan yang baik sekelip mata selepas melalui hanya tiga perlawanan dan 10 sesi latihan," kata Hodgson merujuk kepada pasukan di bawah bimbingannya selepas mengambil alih tugas jurulatih hanya beberapa minggu sebelum kejohanan ini bermula.

Pasukan kebangsaan England sebelum ini dibimbing oleh jurulatih Itali, Fabio Capello yang meletakkan jawatan secara mengejut pada 9 Februari lalu kerana tidak berpuashati dengan tindakan Persatuan Bolasepak England yang menguggurkan status kapten pasukannya, John Terry tanpa terlebih dahulu duduk berbincang dengannya.

England di bawah Hodgson telah memenangi dua perlawanan (persahabatan) iaitu 1-0 ke atas Sweden dan Belgium dan seri dalam perlawanan ketiga iaitu menentang Perancis dalam perlawanan pembukaan Euro 2012 semalam.

Pasukan Perancis pula telah mengharungi 22 perlawanan tanpa tewas termasuk perlawanan menentang England semalam.

Perlawanan England seterusnya selepas ini ialah menentang Sweden pada Sabtu 16 Jun.

Hodgson turut menegaskan bahawa barisan pertahanannya telah bermain dengan cemerlang terutamanya dalam menghalang asakan bertalu-talu Perancis.

Tetapi Kapten pasukan Perancis Patrice Evra berkata, perlawanan semalam 'dicemari' dengan taktik pertahanan England yang keterlaluan - sama seperti mana Chelsea memenangi Piala Eropah bulan lalu.

Kata-kata Evra itu ada benarnya kerana jika dilihat kepada corak perlawanan kesemua 16 pasukan yang telah pun selesai perlawanan pertama mereka semalam, pasukan England adalah yang paling pasif dengan barisan tengah gagal membuka ruang atau peluang kepada Danny Welbeck dan Ashley Young mengancam barisan pertahanan Perancis.

Jika tidak kerana hantaran daripada sepakan percuma Gerrard, adalah tidak diketahui dari mana England akan memperolehi ruang atau peluang untuk menjaringkan gol.

Malah kuda tua Ukraine, Andriy Shevchenko yang berusia 35 tahun berjaya menjaringkan dua gol yang cukup cantik dan menarik untuk menumpaskan Sweden 2-1 selepas perlawanan England-Perancis.

Sweden, Ireland, Republik Czech, Portugal dan Belanda - walaupun kalah dalam perlawanan pertama mereka tetapi telah menunjukkan gerakan-gerakan yang inovatif serta percubaan merbahaya malah beberapa kali sepakan penyerang mereka terkena palang gol.

Walaupun mereka tewas tetapi mereka telah mempamerkan persembahan yang cantik, menghiburkan dan bergaya berbanding England yang kelihatan seperti bermain tanpa imaginasi dari barisan tengah.

Setiap kali James Milner, Scott Parker, Gerrard menerima bola, mereka terpaksa menghantarnya semula ke barisan pertahanan untuk membuka ruang melalui tentang panjang kepada pemain sayap.

Jika perlawanan semalam dijadikan asas, England tidak ada peluang untuk melepasi saingan di peringkat kumpulan pun melainkan mereka mengubah taktik dan corak dengan mempamerkan gerakan imaginatif dan inovatif dari tengah.

Jika tidak, mereka akan menjadi pasukan ratahan Shevchenko dan Zlatan Ibrahimovic dari Sweden.

Sekiranya ditakdirkan mereka melepasi saingan peringkat kumpulan sekali pun, adalah tidak jelas bagaimanakah mereka mampu bersaing dengan pasukan-pasukan yang menanti mereka dari Kumpulan C yang terdiri daripada Sepanyol, Itali mahupun Croatia.

Ini belum diambil kira pasukan seperti Rusia yang memperlihatkan permainan yang hampir sempurna sepertimana pasukan Belanda di era Ruud Gullit dan Van Basten dengan bukaan peluang dan jaringan gol bermutu tinggi dalam perlawanan pertama mereka menentang Republik Czech.

Bayangkan, Republik Czech yang dikawal oleh penjaga gol pemenang Piala Eropah pun tidak dapat mengekang kemaraan Alan Dzagoyev, Roman Pavlyuchenko dan Ashavin. Ini kan pula taktik bertahan England yang diketuai oleh John Terry dan Ashley Cole.

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan