Harimau Malaya Menang 2-0 Ke Atas Singapura

Diterbitkan: Selasa, 12 Jun 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Pasukan Malaysia berjaya menewaskan Singapura 2-0 pada aksi perlawanan persahabatan antarabangsa kedua di Stadium Shah Alam, Selasa.

Selepas terikat seri 2-2 pada aksi pertama di Stadium Jalan Besar, Singapura pada Jumaat lalu, skuad Malaysia mempamerkan aksi lebih garang dengan melakukan serangan demi serangan untuk mencari gol awal perlawanan.

Aksi separuh masa pertama menyaksikan skuad Harimau Malaya menguasai permainan corak serangan yang lebih pantas mengganggu benteng pertahanan skuad Singapura sekali gus pada minit ke-18, tandukan Ahmad Shakir Md Ali berjaya menggegar gawang lawan.

Pada minit ke-34 penjaga gol Singapura, Mohamed Hyrulnizam Jumaat sekali lagi diuji apabila sepakan percuma yang dilakukan kapten Malaysia, Safiq Rahim nyaris melewati gol lawan.

Sementara itu, pada babak kedua Singapura dilihat semakin tertekan, lebih-lebih lagi Harimau Malaya berjaya menambah satu lagi jaringan melalui sepakan percuma yang dilakukan Safiq minit ke-62.

Aksi kedua-dua pasukan semakin panas selepas pemain Singapura, Mustafic Fahrudin dilayangkan merah oleh pengadil dari Thailand, Teetichai kerana melakukan terjahan kasar ke atas pemain Malaysia, Norshahrul Idlan Talaha.

Sehingga tamat permainan, keputusan kekal 2-0.

Senarai pemain:

Malaysia Mohd Bunyamin Umar, Amiridwan Taj tajudin,Mohamad Aidil Zafuan, Safiq Rahim (K), Norsharul Idlan Talaha, Azamuddin Mohd Akil, K.Gurusamy Govandar, Kunalan Subramaniam, Ahmad Shakir Md Ali, Khairul Fahmi Che Mat, Mohd Fadhki Mohd Saas.

Singapura: Mohammad Isa Abdul Halim, Baihakki Khaizan (K), Shahdan Sulaiman, Aleksandar Duric, Muhammada Firdaus kasman,Muhammad raihan Abdul Rahman, Mustafic Fahrudin, Bennett Daniel Mark, Mohamed Hyrulnizam Jumaat, Muhammad Irwan Shah Arismail, Qiu Li.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan