Luka Modric Sertai United, Dibayar Gaji £125,000 Seminggu

Diterbitkan: Sabtu, 9 Jun 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Luka Modric
Luka Modric

PEMAIN SENSASI Tottenham Hotspurs, Luka Modric bakal menyarung jersi Manchester United musim depan.

Akhbar The Sun UK dalam laporan eksklusifnya menyebut yang Alex Ferguson telah membuat tawaran sehingga £25 juta kepada Spurs untuk mendapatkan pemain rebutan ramai itu.

Yuran perpindahan itu boleh meningkat sebanyak £5 juta lagi bergantung kepada jumlah perlawanan pemain tersebut.

Modric, 26, akan mengikat kontrak dengan United selama empat tahun dengan gaji mingguan sebanyak £125,000 sekaligus menjadikannya antara pemain paling tinggi menerima bayaran gaji di Old Trafford.

Modric kini bersama skuad kebangsaan Croatia untuk kejohanan Euro 2012.

Pemain tengah Spurs itu pada mulanya enggan berpindah ke kelab lain dengan mengikat kontrak baru enam tahun pada Mei 2010.

Tetapi minat daripada kelab-kelab besar seperti Chelsea dan United tidak dapat menghalang kemaraannya lagi.

Ini adalah pembelian besar kedua Alex Ferguson untuk memperkukuhkan skuad United musim depan selepas hampa tanpa sebarang piala untuk musim yang baru sahaja berakhir bulan lalu.

Minggu lalu pengurus United itu telah membeli pemain tengah Jepun, Shinji Kagawa, 23, dari kelab Jerman, Borussia Dortmund.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan