Euro 2012: Nani Mungkin Tidak Beraksi Menentang Jerman

Diterbitkan: Sabtu, 9 Jun 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Nani mengalami kecederaan di kaki kanan.
Nani mengalami kecederaan di kaki kanan.

PEMAIN sayap Portugal, Nani kemungkinan tidak akan beraksi pada pertemuan menentang Jerman bagi Kumpulan B Euro 2012 berikutan kecederaan di kaki kanannya.

Nani mengalami kecederaan ketika perlawanan persahabatan menentang Turki Sabtu lalu.

Ia merupakan kecederaan yang sama dialami ketika bermain untuk kelabnya, Manchester United pada Januari lalu sehingga mamaksa Nani berehat selama dua bulan.

"Nani turut berlatih semalam (Jumaat) dan akan terus berlatih lagi. Dari situ kami akan menilai tahap kecederaannya sama ada berulang lagi seperti sebelum ini.

"Kita lihat pada sesi latihan terakhir nanti. Dia adalah satu-satunya pemain yang belum pasti disenaraikan," jelas jurulatih pasukan, Paulo Bento.

Pemain berusia 25 tahun itu telah beraksi sebanyak 54 perlawanan bersama Portugal dengan menjaringkan 13 gol.

Portugal sebelum ini dikritik kerana tewas 1-3 kepada Turki selepas hanya meraih seri 0-0 menentang Macedonia.

"Saya tidak peduli dengan kritikan kerana hanya pemain sahaja yang menjadi perhatian saya," tambah Bento.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan