Euro 2012: Van Marwijk Anggap Denmark Berbahaya

Diterbitkan: Jumaat, 8 Jun 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Marwijk memerhatikan pemain-pemainnya menjalani latihan menjelang perlawanan menentang Denmark pada Sabtu.
Marwijk memerhatikan pemain-pemainnya menjalani latihan menjelang perlawanan menentang Denmark pada Sabtu.

JURULATIH Belanda, Bert van Marwijk bpercaya pasukan Denmark mengetahui corak permainan skuadnya menjelang perlawanan Kumpulan B Euro 2012, Sabtu.

Pun begitu, Van Marwijk tidak begitu mengambil kisah mengenai taktik atau formula yang akan digunakan lawan, apa yang penting baginya sekarang ia fokus kepada permainan.

Van Marwijk sedar bekas juara 1992 itu merupakan pasukan yang berbahaya dan sebab itu jugalah dia mengganggap perlawanan ini sangat penting.

"Kami tidak mempunyai rahsia. Ramai pemain yang beraksi di Holland dan juga di liga Eropah menjadikan corak permainan lebih kurang sama, dan kedua-kedua pasukan saling menghormati antara satu sama lain.

"Bagi saya, apa yang penting adalah perlawanan ini," jelas Van Marwijk.

Kedua-dua pasukan ini pernah bertemu pada aksi Piala Dunia 2010 peringkat kumpulan dengan menyaksikan Belanda menang 2-0.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan