Chris Hughton Dilantik Pengurus Norwich City Yang Baru

Diterbitkan: Jumaat, 8 Jun 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Chris Hughton
Chris Hughton

BEKAS PENGURUS Birmingham City dan Newcastle United, Chris Hughton telah disahkan sebagai pengurus baru kelab Liga Perdana Inggeris Norwich City dengan tawaran kontrak selama tiga tahun.

Hughton mengantikan Paul Lambert, yang meninggalkan kelab burung kenari itu untuk menyertai Aston Villa awal minggu ini.

Hughton berkata, peluang untuk kembali ke Liga Perdana Inggeris adalah terlalu lumayan dan berharga untuk ditolak begitu sahaja.

Hughton berjaya membawa Birmingham menduduki tangga keempat Liga Kejuaraan (Divisyen Satu Inggeris) tetapi tewas kepada Blackpool dalam perlawanan play-off untuk kembali ke Liga Perdana musim depan.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan