Skuad Harimau Malaya Jatuh Ke Tangga 154 Dalam Ranking Terbaru FIFA

Diterbitkan: Khamis, 7 Jun 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Keputusan kurang memberangsangkan skuad Harimau Malaya dalam beberapa perlawanan persahabatan sebelum ini menyebabkan kedudukan mereka dalam peta bola sepak dunia kembali merosot.

Menurut ranking terbaru yang dikeluarkan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) pada Rabu menunjukkan skuad bimbingan Datuk K.Rajagobal itu turun satu anak tangga untuk berada di tempat ke-154 dunia berbanding 153 bulan lepas.

Kedudukan itu merupakan pencapaian terburuk skuad bola sepak negara selepas menghuni kedudukan ke-148 pada Januari, 150 pada Februari, 152 pada Mac.

Menerusi kedudukan terkini, skuad Harimau Malaya setanding dengan beberapa pasukan seperti Bangladesh (152), Palestin (153), New Caledonia (155) dan Samoa (156), yang diketahui umum kekurangan kemudahan asas bola sepak seperti padang serta peralatan sukan.

Di kalangan Asia Tenggara pula, Malaysia kekal di tempat kelima, di belakang Vietnam (98), Thailand (136), Filipina (149) dan Indonesia (151).

Pada peringkat Asia, kedudukan Malaysia kekal di kedudukan ke-27 daripada 46 negara.

Sementara itu, juara Piala Dunia 2010, Sepanyol terus mengukuhkan kedudukan mereka selaku pasukan terbaik dunia dengan mengumpul 1,456 mata.

Pasukan Amerika Selatan, Uruguay, yang sebelum ini menghuni tangga ketiga merampas tempat kedua daripada Jerman selepas mengumpul 1,292 mata, berkelebihan empat mata.

Kedudukan ranking itu merangkumi keseluruhan 205 negara. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan