16 Pemenang Peraduan Naza Kia Raih Tiket Euro 2012

Diterbitkan: Khamis, 7 Jun 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Hafiz Syed Abu Bakar (lima kanan) bersama pemenang-pemenang peraduan Euro 2012 Naza Kia Malaysia pada majlis penyampaian hadiah tersebut di sini, Rabu.
Hafiz Syed Abu Bakar (lima kanan) bersama pemenang-pemenang peraduan Euro 2012 Naza Kia Malaysia pada majlis penyampaian hadiah tersebut di sini, Rabu.

PETALING JAYA: Seramai 16 orang pemenang pelbagai peraduan yang diadakan oleh Naza Kia Malaysia Sdn Bhd berpeluang menyaksikan perlawanan-perlawanan Euro 2012 di Poland dan Ukraine yang akan membuka tirainya pada 8 Jun ini.

Naza Kia Malaysia merupakan pengedar rasmi kenderaan Kia Motors di Malaysia menjadi penaja rasmi Euro 2012 selepas turut bergelar penaja pada Piala Dunia 2010 dan Copa Amerika 2011.

Empat kategori peraduan yang dianjurkan sebelum ini dibuka kepada orang ramai termasuk Jelajah Pandu Uji 2012 yang dimenangi oleh Ahmad Akram Gharib, Muhammad Safuan Alias, Azlan Awalludin dan Teh Chee Hong .

Kategori kedua, Hari Pelanggan Kia bagi bulan Mac dimenangi Muhammad Wira Aiman Kelana dan Lee Chee Kah.

Bagi bulan May pula dimenangi oleh Ooi Kah Hean, Oung Hock Lye, Shahrul Helmi Shahidan, Airul Redzma Mahpor, Khaliq dan S. Chinatamy.

Pemenang bagi peraduan I Just Scored yang dianjurkan di Facebook dimenangi oleh Mohd Husin Abd Rahman da Noor Azua Hamid.

Manakala pemenang bagi pendaftaran pandu uji diraih oleh Mong Xien Tien dan Mong Xeng Khan.

Semua pemenang bakal menyaksikan perlawanan Kumpulan B di antara Jerman menentang Belanda kecuali Airul Redzma meraih dua tiket aksi suku akhir dan Ooi Kah Hean memenangi dua keping tiket perlawanan separuh akhir.

Ketua Pegawai Operasi (COO) Naza Kia Malaysia, Datuk Hafiz Syed Abu Bakar berkata, peraduan atau kempen empat kategori ini diadakan bagi menghargai semua pelanggan setia Naza Kia dengan menghadiahkan tiket Euro 2012.

"Kami menerima jumlah penyertaan sebanyak 6,895 bagi kempen ini. Tempahan bagi Jelajah Pandu Uji 2012 dan Hari pelanggan Kia berjumlah 832 unit.

"Sambutan positif ini turut membantu peningkatan jualan tahun ini.

"Sehingga 31 Mei, Naza Kia Malaysia telah menjual sebanyak 5,195 unit, meningkat 11 peratus jualan berbanding tempoh yang sama tahun lalu," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan