Kompany Beri Fokus Perlawanan Menentang Malaysia

Diterbitkan: Rabu, 6 Jun 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Kapten Manchester City, Vincent Kompany menganggap perlawanan persahabatan menentang pasukan Malaysia Julai ini sebagai persediaan awal pasukannya mengharungi musim baru Liga Perdana Inggeris (EPL) musim depan.

Pasukan Man City yang masih lagi segar mengecapi trofi liga musim ini akan bertandang ke Stadium Nasional Bukit Jalil berdepan dengan skuad Harimau Malaya buat julung kalinya pada 30 Julai ini, 9.45 malam.

"Walaupun kami tidak pernah berdepan dengan pasukan Malaysia, saya percaya perlawanan nanti dijangka menarik kerana saya menjadikan ia sebagai persediaan awal skuad untuk mengharungi musim baru liga dan ia juga pengalaman baru bagi kami.

"Malah saya juga berharap pasukan Malaysia akan membuat kejutan kepada kami dan peminat-peminat yang datang," katanya kepada media selepas majlis pelancaran tiket di Wisma FAM, Rabu.

Skuad bimbingan Roberto Mancini itu buat pertama kalinya untuk tempoh 44 tahun menjulang trofi EPL selepas mencatatkan kemenangan dramatik 3-2 ke atas pasukan Queens Park Rangers dalam perlawanan penutup liga musim ini.

"Saya akui kemenangan musim ini adalah sesuatu yang menggembirakan kepada semua, namun dalam masa sama kami sedar tanggungjawab selepas ini. Kami dapat merasakan ia semakin mencabar dan perlu bermula dari bawah.

"Yang lepas sudah lepas dan kini kami memberi fokus untuk mengharungi musim baru nanti," tambahnya.

Sementara itu, peminat-peminat pasukan Malaysia dan Manchester City boleh mula mendapatkan tiket di semua cawangan Tiketpro, Tiketpro hotline ataupun boleh membeli secara online diwww.ticketpro.com.my bermula Khamis, 7 Jun.

Tiket-tiket boleh didapati dengan harga RM58, RM68, RM108 dan VIP tiket dengan harga RM388.

Selain itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ProEvent, Julian Kam berkata, harga-harga tiket tidak berubah walaupun Manchester City bergelar juara EPL.

"Saya berharap peminat-peminat bola sepak tanah air akan datang ke stadium bagi menyaksikan perlawanan menarik antara skuad negara dengan Man City," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan