Ronaldinho Sertai Atletico Mineiro

Diterbitkan: Selasa, 5 Jun 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Ronaldinho menggayakan jersi pasukan barunya,  Atletico Mineiro.
Ronaldinho menggayakan jersi pasukan barunya, Atletico Mineiro.

RIO DE JANEIRO: Bekas bintang bola sepak Brazil, Ronaldinho yang menamatkan kontrak dengan Flamengo minggu lalu menandatangani perjanjian untuk beraksi dengan kelab Atletico Mineiro.

“Kami amat gembira mengumumkan bahawa pengurusan kelab berjaya membawa Ronaldinho ke Atletico,” kata presiden baru kelab itu, Alexandre Kalil dalam laman webnya.

Ronaldinho meninggalkan Flamengo selepas mendakwa gajinya berjumlah AS$20 juta gagal dibayar kelab itu.

Pemain berusia 32 tahun itu pernah beraksi bersama Barcelona dan Milan serta pernah dinobatkan sebagai pemain terbaik dunia.

Ronadinho, yang bersama skuad Brazil menggondol Piala Dunia 2002, akan memperoleh gaji pokok AS$150,000 bagi musim ini berbanding AS$600,000 ketika bersama Flamengo. AFP

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan