Chevrolet Jalin Kerjasama Dengan Manchester United

Diterbitkan: Isnin, 4 Jun 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Pemain veteran Man United, Ryan Giggs bergambar bersama model Chevrolet Malibu di Shanghai, China.
Pemain veteran Man United, Ryan Giggs bergambar bersama model Chevrolet Malibu di Shanghai, China.

CHEVROLET mengikat kontrak kerjasama lima tahun bersama kelab terkenal Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester United sebagai rakan rasmi automotif.

Chevrolet memberi jaminan akan memberi sokongan sepenuhnya dengan membawa penyokong-penyokong seluruh dunia agar lebih dekat lagi mengenali pasukan ini.

"Manchester United merupakan salah sebuah kelab yang mempunyai peminat yang ramai berbanding dengan kelab yang lain.

"Kami di Chevrolet berbangga dapat bekerjasama dengan Manchester United dan akan meletakkan kepentingan penyokong-penyokong terlebih dahulu berbanding perkara lain," jelas Ketua Pegawai Pemasaran Motors Global, Joel Ewanick dalam satu kenyataan, Isnin.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) kelab, David Gill: "Walaupun kami dalam industri yang berbeza, Chevrolet dan Manchester United berkongsi nilai yang sama".

Manakala Pengarah Komersial Manchester United, Richard Arnold berkata, sejumlah 659 juta orang peminat Man United di seluruh dunia dan komitmen yang diberikan Chevrolet memberikan satu pengalaman penting kepada semua penyokong.

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan