Malaysia Terikat Tanpa Jaringan Dengan Filipina

Diterbitkan: Sabtu, 2 Jun 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Malaysia mencatatkan keputusan mengecewakan apabila terikat tanpa jaringan menentang Filipina pada perlawanan bola sepak persahabatan di Stadium Shah Alam, di sini, malam Jumaat.

Kedua-dua pasukan tersebut pernah bertemu dalam perlawanan persahabatan di Stadium Memorial Rizal, Manila pada 29 Februari lepas menyaksikan keputusan seri 1-1.

Pada perlawanan yang disaksikan hampir 10,000 penyokong Harimau Malaya, skuad bimbingan Datuk K. Rajagobal melancarkan serangan bertali arus ke arah kubu skuad 'The Azkals' sebaik sahaja permainan bermula namun digagalkan oleh kekebalan benteng pertahanan pasukan bimbingan Han Michael Weiss.

Pemain pertahanan Mohamad Zaquan Adha hampir membuka jaringan seawal minit ke-20 permainan menerusi sepakan percuma namun sepakannya meleret melewati gawang gol Filipina.

Skuad Filipina yang menurunkan hampir keseluruhan pemain yang berpangkalan di Eropah bangkit menyusun serangan dan hampir memjaringkan gol pembukaan menerusi penyerang kelahiran Jerman-Filipina, Denis Wolf pada minit ke-32 namun sepakan beliau sedikit melepasi tiang gol skuad negara.

Bersambung babak kedua, Rajagobal membuat beberapa pertukaran untuk mempertajamkan barisan serangan namun masih gagal untuk memecahkan kubu pertahanan Filipina sehingga tiupan wisel terakhir permainan oleh pengadil, Mohd Amirul Izwan Yaacob.

Skuad Harimau Malaya akan bertolak ke Singapura selepas ini untuk menentang skuad utama negara tersebut pada 8 Jun ini di Stadium Jalan Besar sebelum kembali semula ke tanahair untuk perlawanan timbal balik bertemu pasukan sama di Stadium Shah Alam pada 12 Jun ini.

Senarai pemain:

MALAYSIA: Mohd Farizal Marlias, Mohamad Aidil Zaquan Abdul Radzak, Mohd Fadhli Mohd Shas (Amiridzwan Taj Tajudin), Mohamad Azmi Muslim (Mahalli Jasuli), K. Gurusamy (S. Subramaniam), Mohd Bunyamin Omar, Mohd Safiq Rahim (kapten), S, Kunanlan (Azamuddin Mohd Akil), Shahurain Abu Samah (S. Chanturu), Norshahrul Idlan Talaha (Ahmad Shakir Mohd Ali), Mohd Safee Mohd Sali.

FILIPINA: Roland Richard Muller, Robert James Gier, Jason Abbott Sabio, Juan Luis Guirado (Jeffrey Christiaens), Manuel Ott, Angel Guraido (Misagh Bahadoran), Emelio Caligdong (kapten)(Marwin Janver Angeles), Carlos Alberto De Murga, Stephan Marcus Schrock, Paul Mulders (Ian Araneta), Denis Wolf.

Pengadil: Mohd Amirul Izwan Yaacob - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan