Liverpool Bakal Umum Rodgers Sebagai Pengurus Baru

Diterbitkan: Jumaat, 1 Jun 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Brendan Rodgers
Brendan Rodgers

LONDON: Liverpool pada Jumaat bakal mengumumkan Brendan Rodgers sebagai pengurus barunya di Anfield, selepas kedua-dua pihak mencapai persetujuan dalam pakej yuran pampasan kepada kelab Swansea.

Rodgers menemui pemilik Liverpool, John Henry, Khamis dan bersetuju membayar yuran pampasan 5 juta Euro (AS$7.8 juta) bagi menamatkan kontraknya bersama Swansea.

Selepas beberapa jam perbincangan dengan pengerusi Swansea, Huw Jenkins, Liverpool menamatkan perjanjian itu dan bekas pengurus Reading dan Watford itu semakin hampir untuk menggantikan Kenny Dalglish, yang dipecat dua minggu lalu selepas gagal menyinar dalam kempen Liga Perdana Inggeris.

Sebahagian pampasan itu turut membabitkan perpindahan penolong pengurus Colin Pascoe, penganalisis prestasi, Chris Davies dan ketua sains sukan dan perubatan, Glen Driscoll untuk bersama Rodgers di Liverpool.

Pengurus berusia 39 tahun itu dijangka menandatangani kontrak selama tiga tahun di Anfield.

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan