Pengurus Norwich Letak Jawatan

Diterbitkan: Khamis, 31 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Lambert meletak jawatan sebagai pengurus Norwich sevara mengejut pada Rabu.
Lambert meletak jawatan sebagai pengurus Norwich sevara mengejut pada Rabu.

LONDON: Pengurus Norwich, Paul Lambert membuat keputusan yang mengejutkan apabila dia meletakkan jawatan sebagai pengurus malam Rabu.

Akhbar The Sun UK dalam laporan eksklusifnya menyebut, Lambert membuat keputusan drastik itu apabila pihak pengurusan kelab enggan membenarkannya bercakap dengan Aston Villa untuk berpindah ke sana.

Aston Villa kini tidak memiliki pengurus selepas memecat Alex Mcleish.

Lambert yang berasal dari Scotland kini bebas untuk berunding dengan pemilik Aston Villa, Randy Lerner dan Ketua Pegawai Eksekutif, Paul Faulkner untuk jawatan pengurus.

Lambert, 42, yang pernah memenangi Piala Eropah ketika bermain untuk kelab Jerman,Borussia Dortmund telah menjadi pengurus di Norwich selama tiga tahun.

Dia adalah di antara pengurus muda yang dihormati dan dipandang tinggi dalam Liga Perdana Inggeris.

Norwich pula kini harus mencari penganti kepada Lambert bagi menghadapi musim baru.

Bekas kapten kelab itu, Malky Mackay kini disebut-sebut sebagai calon popular bagi mengantikan tempat Lambert.

Mackay yang kini mengurus Cardiff telah berjaya membawa kelab Wales itu ke perlawanan akhir Piala Carling musim ini.

Pada masa yang sama Chris Hughton juga di antara calon yang akan dipertimbangkan.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan