Filipina Berdepan Malaysia Tanpa Penjaga Gol Utama

Diterbitkan: Rabu, 30 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Skuad kebangsaan Filipina menyandarkan harapan kepada penjaga gol simpanan Roland Muller untuk memastikan gawang mereka tidak dibolosi apabila berdepan Malaysia dalam perlawanan persahabatan antarabangsa di sini, Jumaat ini.

Menurut laman web Persekutuan Bola Sepak Asean (AFF) yang memetik ketua jurulatih Filipina, Michael Weiss sebagai berkata beliau tidak risau dengan ketiadaan penjaga gol utama mereka, Neil Etheridge yang menghadapi penggantungan yang dikenakan oleh Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) kerana mempunyai barisan pemain yang boleh mengisi kekosongan tersebut.

"Kami mempunyai barisan pemain yang ramai yang mana kita boleh menukar pemain dan memberi pemain lain peluang. Kami akan membariskan pemain yang terbaik," kata pakar taktikal dari Jerman itu.

Pasukan kebangsaan Filipina atau dikenali sebagai Azkals akan menentang skuad Malaysia di bawah bimbingan Datuk K.Rajagobal di Stadium Nasional Bukit Jalil, Jumaat ini.

Selain daripada ketiadaan Etheridge, pasukan Filipina juga kehilangan khidmat dua beradik, Phil dan James Younghusband berikutan dengan komitmen mereka.

Bagaimanapun, pasukan itu mempunyai Patrick Deyto, Stephan Schrock dan Denis Wolf bagi mengisi kekosongan tersebut.

Selepas perlawanan menentang Malaysia, skuad kebangsaan Filipina akan berdepan Indonesia pada 5 Jun di Manila dan Guam di Panaad pada 12 Jun.

"Ini merupakan peluang terbaik kepada pemain-pemain untuk meningkatkan prestasi mereka kerana saya menjangkakan persiapan untuk menghadapi Piala Suzuki AFF akan lebih sengit dalam beberapa bulan akan datang," kata Weiss.

Piala Suzuki AFF akan berlangsung di Malaysia dan Thailand bermula 24 Nov depan. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan