Euro 2012: Perancis Umum Senarai Akhir Pemain

Diterbitkan: Rabu, 30 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PENGURUS PERANCIS, Laurent Blanc membuat keputusan berani dengan menguggurkan pemain tengah berbakat Yoann Gourcuff dari skuad terakhirnya untuk kejohanan Euro 2012.

Gourcuff yang kini bermain untuk kelab Lyon gagal memikat perhatian Blanc dalam perlawanan persahabatan menentang Iceland Ahad lalu.

Perancis diletakkan dalam Kumpulan D bersama England, tuan rumah Ukraine dan Sweden.

Kejohanan Euro 2012 akan bermula 8 Jun ini.

Perancis yang belum pernah kalah dalam 19 perlawanan terakhirnya akan memulakan kempen Euro dengan bertemu England di Donetsk, Ukraine, pada 11 Jun.

BERIKUT ADALAH SENARAI 23 PEMAIN SKUAD PERANCIS:

PENJAGA GOL: Cédric Carrasso (Bordeaux), Hugo Lloris (Lyon), Steve Mandanda (Marseille).

PERTAHANAN: Gaël Clichy (Manchester City), Mathieu Debuchy (Lille), Patrice Evra (Manchester United), Laurent Koscielny (Arsenal), Philippe Mexes (Milan), Adil Rami (Valencia), Anthony Réveillère (Lyon).

TENGAH: Yohan Cabaye (Newcastle), Alou Diarra (Marseille), Florent Malouda (Chelsea), Marvin Martin (Sochaux), Blaise Matuidi (Paris St-Germain), Yann M'vila (Rennes), Samir Nasri (Manchester City).

PENYERANG: Hatem Ben Arfa (Newcastle), Karim Benzema (Real Madrid), Olivier Giroud (Montpellier), Jérémy Ménez (Paris St-Germain), Franck Ribéry (Bayern Munich), Mathieu Valbuena (Marseille).

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan