Euro 2012: Cacau Digugurkan Dari Skuad Jerman

Diterbitkan: Rabu, 30 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PEMAIN TERNAMA Cacau bersama pemain-pemain muda berbakat - Marc-Andre ter Stegen, Sven Bender dan Julian Draxler kesemuanya digugurkan dari skuad bolasepak Jerman ke Euro 2012.

Perlawanan pertama Jerman ialah menentang Portugal pada 9 Jun.

Penyingkiran Cacau yang bermain untuk kelab Stuttgart merupakan kejutan paling ketara dalam skuad Jerman yang kini ke kejohanan paling berprestij selepas Piala Dunia dengan hanya tiga penyerang - Mario Gomez, Miroslav Klose dan Lukas Podolski.

Cacau yang terpilih untuk bermain di Piala Dunia 2010 tidak dapat menyembunyikan rasa kecewanya tetapi akur dengan keputusan terakhir.

BERIKUT ADALAH SENARAI PENUH SKUAD JERMAN:

GOL: Manuel Neuer (Bayern Munich), Tim Wiese (Werder Bremen), Ron-Robert Zieler (Hanover 96).

PERTAHANAN: Holger Badstuber (Bayern Munich), Jerome Boateng (Bayern Munich), Benedikt Hoewedes (Schalke 04), Mats Hummels (Borussia Dortmund), Philipp Lahm (Bayern Munich), Per Mertesacker (Arsenal), Marcel Schmelzer (Borussia Dortmund).

TENGAH: Lars Bender (Bayer Leverkusen), Mario Götze (Borussia Dortmund), Ilkay Gundogan (Borussia Dortmund), Sami Khedira (Real Madrid), Toni Kroos (Bayern Munich), Thomas Müller (Bayern Munich), Mesut Ozil (Real Madrid), Marco Reus (Borussia Mönchengladbach), Andre Schürrle (Bayer Leverkusen), Bastian Schweinsteiger (Bayern Munich).

PENYERANG: Mario Gomez (Bayern Munich), Miroslav Klose (Lazio), Lukas Podolski (Arsenal).

iklan

Video

Khamis, 24 Ogos 2017 3:30 PM

Ebba Tak Minat Jadi Jurutera

Khamis, 24 Ogos 2017 12:38 PM

Wan Sharmila Kena 'Badi' Cinta

Khamis, 24 Ogos 2017 9:00 AM

Susunan Lagu Dari Sweden Gagal Takluk Persis

Rabu, 23 Ogos 2017 3:00 PM

Shuib Sepahtu 'Kuat' Cari Duit!

Rabu, 23 Ogos 2017 12:00 PM

Ayda Jebat Impi 'Mata' Tercalon Anugerah

Rabu, 23 Ogos 2017 9:00 AM

Keghairahan Shahrol Shiro Makan Diri?

Selasa, 22 Ogos 2017 12:00 PM

Sakan! Shiha Zikir Kini Hidup Mewah

Selasa, 22 Ogos 2017 9:00 AM

Tania Hudson Tak jangka Kembali Aktif

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Kolumnis

iklan

Iklan