Hazard Pilih Chelsea Sebagai Destinasi Musim Depan

Diterbitkan: Selasa, 29 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Hazard memilih Chelsea berbanding Manchester City dan United bagi musim baru nanti.
Hazard memilih Chelsea berbanding Manchester City dan United bagi musim baru nanti.

BINTANG Belgium, Eden Hazard memilih untuk menyertai pasukan Chelsea pada musim baru nanti.

Pemain tengah Lille berusia 21 tahun ini menutup segala spekulasi untuk bermain bersama Manchester City mahupun Manchester United sebelum ini sekaligus membuat keputusan dengan memilih juara Europah ini.

Hazard yang dianggap pemain muda paling berbakat di Eropah, menjadi watak utama dalam membantu kejayaan kelab Perancis itu.

"Sesuatu yang dijanjikan, sesuatu yang ditunggu dan saya memilih pasukan juara Eropah," jelas Hazard menerusi laman Twitter miliknya.

Sebelum Chelsea menjulang trofi Liga Juara-Juara (CL) Hazard pernah mengumunkan minatnya terhadap dua kelab Manchester.

Hazard dijangkan akan menerima 25 juta euro (RM124 juta), ditambah dengan gaji mingguan sebanyak 170,000 euro (RM841,512).

Katanya juga, dia memilih pasukan yang boleh memberi jaminan akan beraksi dengan nombor pilihan, 10.

"Saya menjaringkan 20 gol musim lalu dan turut membantu menjaringkan gol dan tidak pernah percaya bahawa saya boleh mencatat statistik yang menakjubkan.

"Saya selalu mengimpikan untuk memakai nombor 10 di belakang saya, dan kamu akan lihat perbezaan yang akan dilakukan dan membantu pemain-pemain lain.

"Itu yang saya akan pertimbangkan apabila saya memilih kelab untuk disertai.

"Di mana saya akan beraksi akan mempengaruhi fikiran saya untuk memilih pasukan," katanya.

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan