Euro 2012: Torres Tersenarai, De Gea Tersingkir

Diterbitkan: Selasa, 29 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

FERNANDO TORRES tersenarai dalam skuad terakhir 23 pemain Sepanyol untuk Euro 2012 tetapi pemain Manchester United David de Gea tidak termasuk dalam tiga penjaga gol pilihan.

Penyerang Chelsea itu akan turut disertai oleh rakan kelab, Juan Mata, penjaga gol Liverpool, Pepe Reina dan pemain tengah Manchester City David Silva dalam skuad Vicente del Bosque ke Poland dan Ukraine bermula 8 Jun depan.

Penyerang sensasi Barcelona, Pedro yang telah menjaringkan dua gol dalam perlawanan akhir Copa del Rey Jumaat lepas turut terpilih sementara penyerang Sevilla, Alvaro Negredo berjaya mengenepikan Roberto Soldado untuk mengantikan tempat David Villa yang akan terlepas kejohanan ini kerana masih dibelenggu kecederaan.

Kapten Arsenal, Cesc Fabregas turut disenaraikan walaupun keadaannya masih belum pasti akibat kecederaan.

Berikut adalah skuad penuh Sepanyol:

Penjaga Gol: Iker Casillas (Real Madrid), Pepe Reina, (Liverpool), Victor Valdes (Barcelona)

Pertahanan: Alvaro Arbeloa (Real Madrid), Sergio Ramos (Real Madrid), Juanfran (Atletico Madrid), Jordi Alba (Valencia), Raul Albiol (Real Madrid), Gerard Pique (Barcelona), Javi Martinez (Athletic Bilbao)

Tengah: Xavi (Barcelona), Sergio Busquets (Barcelona), Andres Iniesta (Barcelona), Xabi Alonso (Real Madrid), David Silva (Manchester City), Santi Cazorla (Malaga), Cesc Fabregas (Barcelona), Juan Mata (Chelsea)

Penyerang: Jesus Navas (Sevilla), Pedro (Barcelona), Fernando Llorente (Athletic Bilbao), Fernando Torres (Chelsea), Alvaro Negredo (Sevilla)

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan