Euro 2012: Jagielka Ganti Barry Dalam Skuad England

Diterbitkan: Selasa, 29 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Barry terpaksa melupakan aksi Euro 2012 kerana kecederaan di bahagian abdomen.
Barry terpaksa melupakan aksi Euro 2012 kerana kecederaan di bahagian abdomen.

GARETH Barry terkeluar daripada skuad England bagi persediaan ke Euro 2012 selepas mengalami kecederaan pada bahagian abdomen dan posisinya akan diganti dengan Phil Jagielka.

Barry, 31 teropaksa menanggung kesakitan lebih kurang 30 minit ketika perlawanan persahabatan menentang Norway Ahad lalu dan selepas melakukan imbasan, pemain tengah Manchester city itu disahkan tidak akan berkunjung ke Poland dan Ukraine Jun ini.

"Saya sangat kecewa dengan kehilangan Gareth, bukan kerana dia merupakan 23 pemain asal yang dipilih, tetapi dia merupakan pemain England beberapa tahun sebelum ini.

"Saya tahu keinginan dia untuk bersama pasukan, tetapi saya pasti dia akan terus bermain dengan England selepas aksi Euro ini," jelas pengurus pasukan Roy Hodgson dalam satu kenyataan Persatuan Bola Sepak Inggeris (FA).

Dalam pada itu, Jagielka dipanggil bagi menggantikan Barry yang telah mempamerkan aksi baik pada perlawanan persahabatan menentang Sepanyol sebelum ini.

Tarikh akhir bagi pendaftaran skuad ke Euro ialah pada pukul 11 pagi Selasa (7 malam waktu tempatan).

England bakal mengharungi satu lagi perlawanan persahabatan menentang Belgium pada Sabtu ini.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan