Martinez Umum Keputusan Jawatan Pengurus Di Liverpool Esok

Diterbitkan: Isnin, 28 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Roberto Martinez
Roberto Martinez

PENCARIAN pengurus baru kelab Liverpool dijangka akan berakhir apabila Roberto Martinez akan mengumumkan perancangan masa depannya pada Selasa (esok).

Kelab Latics akan mengadakan sidang media yang mana pengurus itu akan mengumumkan sama ada dia bersertuju untuk berpindah ke Liverpool ataupun terus kekal di Wigan.

Martinez,38, dilaporkan telah berjumpa dengan pemilik kelab Liverpool di Miami Khamis lalu bagi membincangkan perkara-perkara yang berkaitan.

Bagaimanapun selepas perjumpaan itu, Martinez masih belum membuat sebarang keputusan.

Pengerusi Wigan, Dave Whelan memberitahu pengurus dari Sepanyol itu telah menerima surat tawaran daripada John Henry selepas perjumpaan mereka.

Jika Martinez bersetuju, kehadirannya bakal menjadi tumpuan kepada penyokong-penyokong The Reds yang mahukan nama lebih besar menggantikan Kenny Dalglish yang dipecat dua minggu lalu.

Namun kapten Liverpool, Steven Gerrard telah meminta penyokong-penyokong Liverpool agar menerima kehadiran Martinez ini.

"Kami perlu tunggu dan lihat. Fokus saya hanya kepada permainan. Saya tahu Roberto Martinez telah bercakap dengan pihak kelab dan tahu semuanya positif.

"Jika dia menerima tawaran ini, dia akan menerima sokongan penuh daripada saya," jelas Gerrard.

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan