Wigan Sahkan Liverpool Temubual Pengurus Mereka

Diterbitkan: Jumaat, 25 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Roberto Martínez
Roberto Martínez

PENGERUSI kelab Wigan Athletic,Dave Whelan mengesahkan bahawa Pengurusnya, Roberto Martínez telah ditemubual oleh Liverpool untuk jawatan pengurus mengantikan Kenny Dalglish yang dipecat dua minggu lalu.

"Saya boleh mengesahkan sekarang bahawa saya telah menerima panggilan telefon pada Khamis dan dimaklumkan bahawa Roberto sedang dalam perjalanan dari percutiannya di Carribean ke Miami, Amerika untuk bertemu dengan pemilik Liverpool.

"Saya telah maklumkan kepadanya (Roberto) bahawa saya perlukan jawapan pasti daripadanya selepas pertemuan itu. Jika jawapannya ya kepada Liverpool, saya akan menerimanya dengan hati yang terbuka dan teruskan kehidupan seperti biasa dan jika jawapannya tidak, saya akan berasa sungguh lega dan gembira," ujar Whelan sebagaimana yang dilaporkan oleh akhbar The Guardian, UK.

Whelan memberi tempoh masa tujuh hari kepada Martinez untuk membuat keputusan muktamad mengenai masa depannya di Wigan.

Sementara itu pemilik Liverpool, John W. Henry dan pengerusi Tom Werner turut mengesahkan tentang pertemuan mereka dengan Martinez.

Bagaimanapun mereka tidak akan membuat sebarang keputusan muktamad mengenai pelantikan pengurus Liverpool yang baru itu sehingga mereka kembali ke England minggu depan.

Martínez adalah calon pertama yang ditemubual secara formal untuk jawatan pengurus Liverpool.

Whelan dalam pada itu menegaskan bahawa pihaknya akan menuntut pampasan antara £2 juta hingga £3 juta jika Liverpool memutuskan untuk melantik Martinez.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan