FAM Tunggu Keputusan Mahkamah Singapura Berhubung Kes Shokri Nor

Diterbitkan: Jumaat, 25 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) akan menunggu keputusan perbicaraan pengadil Malaysia, Shokri Nor yang didakwa terlibat dalam kes mengatur perlawanan membabitkan Lions XII menentang Sarawak, Selasa lepas, sebelum mengambil sebarang tindakan.

Pengerusi Jawatankuasa Pengadil FAM, Datuk Astaman Abdul Aziz berkata badan induk bola sepak negara itu perlu menghormati undang-undang Singapura sebelum mengambil tindakan lanjut terhadap Shokri.

"Biar aliran undang-undang di Singapura yang akan membuat keputusan dalam kes membabitkan beliau (Shokri).

"Terpulang kepada mereka (mahkamah Singapura) untuk menentukan hukuman yang bersesuaian kerana apa yang lebih penting ialah kita perlu menghormati aspek perundangan yang ditetapkan tidak kira di tempat mana," katanya, Khamis.

Media di Singapura melaporkan Shokri, 47, bersama seorang lagi rakyat Malaysia, Thana Segar Sinnaiah, 38, didakwa atas tuduhan terlibat dalam mengatur perlawanan Liga Super Malaysia.

Mereka dituduh melakukan kesalahan itu pada 19 Mei lepas di sebuah bilik hotel di Pulau Pinang selepas bersetuju menerima suapan RM15,000 setiap seorang.

Mahkamah membenarkan kedua-dua mereka diikat jamin $50,000 (RM123,272) sebelum kes itu disebut semula pada 31 Mei ini.

Jika disabitkan kesalahan, kedua-dua mereka boleh didenda sehingga $100,000 (RM246,537) atau lima tahun penjara atau kedua-duanya, mengikut undang-undang Singapura.

Bernama difahamkan Shokri ditahan anggota Biro Siasatan Amalan Rasuah Singapura sebelum bermulanya perlawanan itu yang menyaksikan tuan rumah, Lions XII mencatatkan kemenangan 3-0 ke atas Sarawak.

Tempat Shokri dalam perlawanan itu diambil alih pengadil Wan Mohd Tarmizi Wan Ibrahim.-BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan