Drogba Akan Tinggalkan Chelsea

Diterbitkan: Selasa, 22 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Didier Drogba
Didier Drogba

PARIS: Penyerang Ivory Coast, Didier Drogba memberitahu rakan sepasukannya dalam Chelsea bahawa dia akan meninggalkan kelab yang baru menjulang trofi Liga Juara-Juara Eropah buat kali pertama ini kerana tidak mahu hanya diletakkan di bangku simpanan.

Majalah bola sepak France Football melaporkan mengenai masa depan pemain berusia 34 tahun itu yang menjaringkan gol penyamaan di minit terakhir sebelum Chelsea menang dengan sepakan penalti terakhir yang diambilnya bagi menumpaskan Bayern Munich, Sabtu lalu.

Majalah itu memetik Drogba bahawa dia memberitahu akan meninggalkan Chelsea kepada rakannya-rakannya ketika sesi perarakan trofi di atas bas tanpa bumbung selepas hari menjulang piala berprestij itu.

“Kita (Drogba dan rakan sepasukan) tidak akan bersama musim depan," kata Drogba yang dipetik majalah itu.

“Oleh kerana saya ambil keputusan untuk keluar, saya mahu memberitahunya di depan mereka.

"Ketika itu sukar untuk menyatakannya. Mereka buatkan saya menangis. Meskipun sudah tiga tahun saya mahu meninggalkan kelab ini, saya mengakui amat sukar untuk meninggalkan kelab ini.

“Namun saya tidak mahu hanya duduk di bangku pemain simpanan menonton rakan yang lain bermain," katanya.

Media England mengaitkan Drogba akan menyertai kelab China, Shanghai Shenhua, yang mana bekas rakan sepasukannya dalam Chelsea, Nicolas Anelka menjadi pemain yang juga jurulatih di kelab itu. AFP

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan