Skuad Bola Sepak Kebangsaan Piala AFF Suzuki Diketahui Julai

Diterbitkan: Isnin, 21 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Barisan pemain bola sepak kebangsaan yang mewakili negara bagi mempertahan Piala AFF Suzuki, hanya akan diketahui selewat-lewatnya Julai depan, kata Ketua Jurulatih kebangsaan Datuk K. Rajagobal.

Beliau berkata beberapa lagi pemain berpotensi akan dipanggil menjalani latihan pusat bagi melihat keserasian mereka beraksi di atas padang dan membentuk pasukan untuk mempertahan piala yang dimenangi di Indonesia pada 2010.

"Kemungkinan bulan depan atau bulan seterusnya saya akan melihat beberapa lagi pemain sebelum saya memutuskan pemain mana yang akan meneruskan latihan pusat sebelum menghadapi Piala AFF Suzuki," katanya kepada pemberita selepas sesi latihan pusat skuad kebangsaan di Wisma Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Isnin.

Sejumlah 16 daripada 26 pemain dipanggil melapor diri untuk sesi latihan pusat itu manakala bakinya akan menyertai mereka Sabtu ini.

Latihan pusat diadakan sebagai persiapan skuad kebangsaan menghadapi tiga perlawanan persahabatan menentang Filipina pada 1 Jun di Stadium Shah Alam, serta dua perlawanan timbal balik menentang Singapura pada 8 Jun di Stadium Jalan Besar, Singapura, dan 12 Jun di Stadium Shah Alam.

Dua daripada 16 pemain iaitu pemain pertahanan Selangor Mohd Asraruddin Putra Omar serta penyerang Kedah Mohd Khyril Muhymeen Zambri tidak dapat menyertai latihan, masing-masing kerana kecederaan lutut dan hamstring.

Mengenai kecederaan kedua-dua pemain, Rajagobal berkata beliau berbincang bersama ahli fisioterapi FAM bagi menentukan tahap kecederaan mereka.

Bagi menghadapi perlawanan persahabatan, ketua jurulatih itu berkata ketiga-tiga perlawanan bukan mudah kerana ia akan memberi gambaran kepada pemain bagi menyesuaikan diri dengan cara permainan rakan sepasukan.

"Kita kena faham yang lebih penting ialah (mempertahan) Piala AFF Suzuki pada November. Saya tidak mahu pemain kita bermain cemerlang dalam tiga perlawanan itu, kemudian mempamer persembahan yang tidak konsisten," katanya.

Sementara itu, Asraruddin yang ditemui pemberita berkata beliau kini dalam proses pemulihan dengan bantuan ahli fisioterapi yang disediakan FAM.

"Saya boleh bermain, namun dinasihatkan oleh ahli fisioterapi FAM supaya hanya menjalani latihan ringan, dan saya berharap kecederaan lutut yang saya alami mampu pulih sebelum November ini," katanya.

Mohd Khyril pula berharap kecederaan yang dialami tidak membantutkan hasratnya untuk mewakili negara dalam Piala AFF. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan