Penyokong Red Warriors Warnai Stadium Nasional Merah-Putih

Diterbitkan: Ahad, 20 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Stadium Nasional Bukit Jalil menjadi lautan merah dan putih apabila puluhan ribu peminat pasukan bola sepak Kelantan mula mengisi setiap sudut stadium seawal pukul 4 petang, bagi menyaksikan perlawanan akhir Piala FA 2012.

Sekalipun perlawanan yang menyaksikan pertemuan Kelantan dan pasukan kelab, Sime Darby FC dijadual bermula 8.45 malam, peminat setia Kelantan atau "The Red Warriors" dilihat berada di pekarangan stadium sejak pukul 3 petang lagi.

Masing-masing membawa sepanduk dan kain rentang yang terpampang kata-kata semangat bagi pasukan kesayangan mereka, yang dianggap gergasi bola sepak tanah air.

Bagi seorang penyokong tegar pasukan Red Warriors yang hanya mahu dikenali sebagai Mamat, beliau tiba ke ibu negara bersama-sama rakan dari Kota Baharu sejak, Jumaat.

"Saya mahu menyaksikan dan melihat dengan lebih dekat kemenangan Red Warriors malam ini. Tahun lepas kami kempunan julang Piala FA, saya yakin tahun ini Red Warriors akan menang besar," kata anak muda itu kepada Bernama.

Jika dilihat daripada segi kehadiran penonton, penyokong Kelantan jelas menguasai stadium itu, namun tidak bermakna kelab kerdil dari Liga Perdana, Sime Darby tiada peminatnya.

"Saya tahu penyokong Kelantan ramai tetapi pasukan kerdil seperti kami juga mampu memberikan saingan yang terbaik. Mereka mampu melakukan kejutan sama seperti di peringkat separuh akhir," kata Mohd Zaini Rasid dari Cheras.

Kebanjiran 85,000 penonton ke stadium ini juga turut membawa limpahan rezeki kepada peniaga-peniaga kecil di sekitar kawasan stadium.

Baik gerai jualan jersi dan mafela mahupun peniaga makanan dan minuman, masing-masing tidak menang tangan melayan pelanggan pelbagai peringkat usia.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan