Imbuhan RM500,000 Kepada Pemain

Diterbitkan: Ahad, 20 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BAHARU: Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) akan memberi imbuhan keseluruhan sebanyak RM500,000 kepada semua pemain sempena kemenangan Kelantan menjulang Piala FA pada Sabtu malam.

Presidennya, Tan Sri Annuar Musa berkata daripada jumlah berkenaan sebanyak RM300,000 akan diberi secara tunai manakala bakinya dalam bentuk percutian.

"Kita akan beri bonus tersebut dalam masa terdekat ini kepada pemain," katanya kepada pemberita sebaik tiba di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa, di sini Ahad.

Ketibaan beliau disambut kira-kira 2,000 penyokong The Red Warriors yang memakai baju merah sebagai tanda sokongan selepas Kelantan bergelar juara pada saingan Piala FA menewaskan Sime Darby FC 1-0 melalui sepakan penalti di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Hadir sama, Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed yang meluangkan masa kira-kira setengah jam bersama pasukan The Red Warriors. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan