City Tawar Gaji Baru £5 Juta Setahun Kepada Mancini - Bola Sepak | mStar

City Tawar Gaji Baru £5 Juta Setahun Kepada Mancini

Diterbitkan: Jumaat, 18 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PENGURUS Manchester City, Roberto Mancini telah mengadakan rundingan dengan majikannya untuk menandatangani kontrak baru.

Menurut portal berita akhbar The Guardian, pengurus berbangsa Itali itu sedang berada di Abu Dhabi untuk membincangkan tentang kontrak barunya dan juga soal pembelian pemain baru.

Mancini memperolehi gaji dan faedah sekitar £3.5 juta setahun dan kontrak lamanya hanya tinggal 12 bulan sahaja lagi untuk tamat.

Kata portal berkenaan, Pengerusi City, Khaldoon al-Mubarak dijangka menawarkan gaji dan imbuhan baru bernilai sekitar £5 juta setahun dengan kontrak selama tiga tahun lagi.

Turut bersama Mancini di Abu Dhabi ialah penolongnya, David Platt, Pengarah Bolasepak, Brian Marwood serta pemangku Ketua Pegawai Eksekutif, John MacBeath.

Mereka dikatakan turut membincangkan soal pembelian pemain baru untuk memantapkan skuad musim depan yang antara lain termasuklah memperolehi khidmat kapten Arsenal, Robin van Persie dan penyerang Lille, Eden Hazard yang turut diburu oleh musim tradisi, Manchester United.

City juga dikatakan turut menilai laporan yang dibentangkan oleh pembantu Mancini, Attilio Lombardo, yang telah menghabiskan masa yang agak lama di Argentina untuk menyaksikan pemain remaja berpotensi iaitu Lucas Ocampos dan Ezequiel Cirigliano dari kelab River Plate.

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan