Kenny Dalglish: Karier Seorang Legenda

Diterbitkan: Khamis, 17 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Kenny Dalglish
Kenny Dalglish

KENNETH Mathieson atau lebih dikenali sebagai "Kenny" Dalglish, 61, merupakan bekas pemain bola sepak kelahiran Scotland dan pernah mengemudi beberapa kelab ternama termasuk Liverpool.

Namun, jodohnya bersama The Reds tidak kekal lama apabila beliau dipecat sebagai pengurus oleh pihak pengurus kelab itu, Rabu.

Berikut adalah latar belakang legenda bola sepak Liverpool itu:

AWAL KARIER

Dalglish menyertai Celtic pada 1967 dan memenangi empat trofi Liga Scotland.

Beliau melakukan penampilan bersama Scotland pada 1971 dan menjaringkan gol sulungnya dalam perlawanan antarabangsa selepas menundukkan Denmark 2-0, setahun kemudian.

LIVERPOOL

Dalglish menggantikan posisi Kevin Keegan pada 1977 dengan rekod perpindahan Britain sebanyak £440,000.

Beliau melakukan penampilan pertama dengan menyarung jersi No.7 pada perlawanan pembukaan awal musim Piala Perisai Komuniti menentang Manchester United, menjaringkan gol pertama seawal tujuh minit.

Dalglish mendapat jolokan 'King Kenny' di kalangan penyokong Liverpool dan menjaringkan 172 gol daripada 515 penampilan bersama kelab itu.

Beliau merupakan tonggak utama kecemerlangan Liverpool di mana mereka memenangi lima kejuaraan Liga Perdana Inggeris, tiga Piala Eropah dan lima kejuaraan domestik di antara 1978 dan 1985.

Malah beliau masih mengekalkan rekod selaku pemain Scotland yang melakukan penampilan terbanyak bersama Scotland iaitu 102 perlawanan.

Beliau turut memegang rekod penjaring terbanyak iaitu dengan 30 gol yang dikongsi bersama Denis Law.

PEMAIN/PENGURUS

Dalglish pada masa sama menjadi pemain dan pengurus di Liverpool ekoran tragedi Stadium Heysel pada 1985 dan membantu pasukan memenangi trofi liga sulung dan kejuaraan berganda pada musim pertamanya sebagai pengurus.

Status beliau sebagai ikon The Reds dibuktikan sepanjang enam tahun mengemudi kelab apabila memenangi tiga kejuaraan liga domestik dan dua Piala FA.

HILLSBOROUGH

Daglish merupakan pengurus Liverpool ketika tragedi Stadium Hillsborough pada 1989 di mana 96 penyokong terkorban pada perlawanan separuh akhir Piala FA menentang Nottingham Forest.

Beliau turut menerima kesan daripada tragedi tersebut dalan meninggalkan Liverpool selepas terikat 4-4 dengan Everton dalam perlawanan timbal balik kelima Piala FA pada 1991.

BLACKBURN

Dalglish kembali menyertai pengurusan kelab selepas lapan bulan meninggalkan Liverpool dengan menyertai kelab divisyen dua, Blackburn Rovers.

Kelab yang dimiliki oleh taikun besi, Jack Walker memperuntukkan perbelanjaan besar kepada Dalglish untuk mendapatkan pemain baru.

Dalglish membantu kelab itu mara ke saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) pada 1992.

Selepas membawa masuk Alan Shearer dan Chris Sutton, beliau terus memahat nama sebagai pengurus digeruni apabila membantu Blackburn menjuarai saingan EPL pada 1995.

NEWCASTLE dan CELTIC

Dalglish menyertai Newcastle sebagai pengurus pada 1997 dan mengemudi kelab menduduki tempat kedua dalam saingan EPL pada musim itu.

Musim berikutnya, The Magpies sekadar menamatkan saingan di tempat ke-13 dan beliau dipecat selepas tewas kepada Arsenal pada aksi final Piala FA.

Beliau dilantik sebagai Pengarah Bola Sepak Celtic pada 1999 tetapi dilantik sebagai pengurus berikutan pemecatan John Barnes.

Dalglish membawa pasukan itu mara ke final Piala Liga Scotland di mana mereka menewaskan Aberdeen 2-0.

Namun, tidak lama kemudian dia meninggalkan Celtic.

KEMBALI KE LIVERPOOL

Beliau kembali ke Anfield pada musim panas 2009 dengan menggalas tanggungjawab sebagai duta akademi dan kelab tersebut.

Dalglish memohon untuk mengisi jawatan pengurus pasukan selepas pemecatan Rafael Benitez tetapi pihak pengurusan memilih Roy Hodgson.

Hodgson sukar untuk menambat hati penyokong Liverpool dan beliau dipecat pada Januari ekoran pretasi Liverpool yang agak mengecewakan.

Dalglish dilantik sebagai pengurus sehingga akhir musim ini di mana Liverpool menduduki tangga kelapan saingan liga.

Beliau turut membantu Liverpool memenangi trofi Piala Liga dan mara ke saingan final Piala FA.

Tags / Kata Kunci: Kenneth Mathieson , Liverpool

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan