Liga Juara-Juara: Luiz , Cahill Sedia Beraksi

Diterbitkan: Rabu, 16 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Luiz (kiri) dan Cahill kembali menjalani latihan selepas hampir sebulan berehat kerana kecederaan.
Luiz (kiri) dan Cahill kembali menjalani latihan selepas hampir sebulan berehat kerana kecederaan.

PEMAIN pertahanan David Luiz dan Gary Cahill kembali menjalani latihan bersama Chelsea menjelang final Liga Juara-Juara (CL) menentang Bayern Munich awal pagi Ahad ini.

Pengurus sementara the blues, Roberto Di Matteo berkata mereka kini sedang mengembalikan tahap kecergasan selepas hampir sebulan berehat kerana kecederaan hamstring.

"Saya gembira kerana kecederaan kembali pulih dengan cepat. Kami sedang bekerja keras setiap hari. Harapnya menjelang perlawanan nanti, kami sudah bersedia untuk dipilih dan beraksi," jelas Cahill.

Pun begitu, Di Matteo akan mengambil inisiatif lain sekiranya kedua pemain ini tidak berada di tahap yang memuaskan.

"Saya akan menggunakan pemain-pemain simpanan lain dan akan menilai kembali apa yang akan dilakukan. Ia satu senario yang tidak baik," kata Di Matteo.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan