Euro 2012: Terry Kekal Dalam Skuad England

Diterbitkan: Rabu, 16 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Roy Hodgson
Roy Hodgson

KAPTEN Chelsea, John Terry tetap menjadi pilih pengurus baru England, Roy Hodgson selepas nama pemain pertahanan itu turut tersenarai dalam 23 pemain skuad England bagi menghadapi Euro 2012 di Ukraine-Poland, Jun ini.

Terry dan seorang lagi pemain pertahanan Manchester United, Rio Ferdinand menjadi tumpuan sebelum senarai penuh skuad diumumkan .

Ini berikutan hubungan dingin mereka berdua gara-gara isu perkauman yang ditimbulkan oleh Terry terhadap adik Rio, iaitu Anton (QPR) ketika aksi Liga Perdana Inggeris Oktober lalu.

Namun perbicaraan kes ini akan berlangsung selepas tamatnya aksi Euro 2012 Julai nanti.

Hodgson mengumumkan secara rasmi senarai pasukannya pada Rabu yang turut menyaksikan Ferdinand tidak tersenarai dalam skuad ini, manakala pemain muda Tottenham Hotspur, Kyle Walker turut diketepikan kerana kecederaan.

England berada dalam Kumpulan D bersama Sweden, Ukraine dan Perancis.

Senarai penuh skuad England:

PENJAGA GOL

Joe Hart (Manchester City)

John Ruddy (Norwich City)

Rob Green (West Ham United)

PEMAIN PERTAHANAN

Glen Johnson (Liverpool)

Phil Jones (Manchester United)

John Terry (Chelsea)

Joleon Lescott (Man City)

Gary Cahill (Chelsea)

Leighton Baines (Everton)

Ashley Cole (Chelsea)

PEMAIN TENGAH

James Milner (Man City)

Scott Parker (Hotspurs)

Gareth Barry (Man City)

Frank Lampard (Chelsea)

Steven Gerrard (Liverpool)

Theo Walcott (Arsenal)

Stewart Downing (Liverpool)

Ashley Young (Man United)

Alex Oxlade-Chamberlain (Arsenal)

PENYERANG

Jermaine Defoe (Hotspurs)

Danny Welbeck (Man United)

Wayne Rooney (Man United)

Andy Carroll (Liverpool)

Standby

Jack Butland (Birmingham City)

Phil Jagielka (Everton)

Jordan Henderson (Liverpool

Adam Johnson (Manchester City)

Daniel Sturridge (Chelsea).

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan