Arsenal Mulakan Rundingan Dengan RVP

Diterbitkan: Rabu, 16 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Robin van Persie
Robin van Persie

KAPTEN Arsenal, Robin van Persie (RVP)dijadualkan duduk berbincang dengan pengurusnya, Arsene Wenger pada awal Rabu berhubung kontrak barunya.

Sekiranya perbincangan tersebut gagal mencapai sebarang perkembangan positif, Manchester City dijangka akan masuk 'meminang' penyerang Belanda berusia 28 tahun itu.

RVP kini menerima £80,000 seminggu dan dijangka mendesak Arsenal menaikkan gajinya sekurang-kurangnya kepada £130,000 seminggu untuk terus kekal bersama kelab itu.

Pada masa yang sama, City dijangka menawarkan pakej bernilai £20 juta bagi mendapatkan khidmat pemain itu.

Menurut akhbar The Sun UK, sebagai langkah terakhir Arsenal untuk menyekat RVP daripada berhijrah, mereka telah bersedia untuk menawarkan £5 juta sebagai bayaran bonus kepada pemain itu untuk terus kekal.

Kegagalan Arsenal untuk berbuat demikian pada masa lalu telah menyaksikan mereka kehilangan khidmat pemain-pemain berbakat dan berpengaruh seperti Emannuel Adebayor, Kolo Toure, Gael Clichy dan Sami Nasri.

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan