Annuar Musa Boleh Dipecat Jika Gagal Patuhi Hukuman Penggantungan: FAM

Diterbitkan: Rabu, 16 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Tan Sri Annuar Musa berdepan tindakan dipecat daripada barisan exco badan induk bola sepak itu sekiranya terbabit dalam aktiviti sukan tersebut ketika menjalani hukuman penggantungan selama 30 bulan.

Berikutan hukuman tersebut, Annuar tidak dibenarkan terlibat dalam sebarang aktiviti bola sepak di peringkat nasional dan negeri berkuatkuasa 4 April lepas.

Annuar didapati bersalah membuat kenyataan akhbar berbau negatif mengenai skuad negara, sekali gus melanggar Artikel 88, Statut FAM edisi 2010-2014 pada 12 Feb lepas.

Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib FAM Datuk Taufik Abdul Razak berkata tindakan boleh diambil terhadap Annuar sekiranya presiden Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) itu gagal patuh kepada tindakan disiplin yang dikenakan terhadapnya.

"Jika Annuar terus ingkar, Jawatankuasa Tatatertib FAM boleh mengemukakan cadangan kepada exco FAM untuk mengambil tindakan selanjutnya untuk memecat beliau dari barisan exco FAM," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa itu di Wisma FAM di Kelana Jaya, dekat sini, Rabu.

Taufik berkata pihaknya menerima pelbagai aduan daripada pihak luar bahawa beliau (Annuar) terus aktif dalam aktiviti bola sepak di peringkat negeri.

"Tindakan Annuar tersebut jelas melanggar perkara 6.11.5 kod etika tatatertib FAM 2011 apabila beliau terlibat dalam aktiviti yang berkaitan dengan sukan bola sepak," katanya.

Taufik berkata antara dakwaan itu ialah Annuar hadir merasmikan perjualan tiket bagi perlawanan akhir Piala FA dan pelancaran CD Dikir Warrior di Kafe The Red Warrior di Pusat Dagangan Kelantan (KTC), Kota Bharu, Kelantan pada Selasa selain dilihat kerap menghadiri perlawanan Liga Malaysia sejak kebelakangan ini.

Bagaimanapun, Taufik berkata FAM tidak melarang Annuar daripada hadir sebagai penonton biasa ke perlawanan akhir Piala FA antara Kelantan dan Sime Darby di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Sabtu ini.

"Namun demikian Annuar tidak digalakkan hadir kerana dikhuatiri akan menimbulkan masalah kepada pihak penganjur untuk mengatur tempat duduk bagi memenuhi protokol beliau yang berstatus Tan Sri," katanya.

Sementara itu dalam perkembangan lain, Jawatankuasa Tatatertib FAM juga memutuskan untuk menarik balik, dengan bersyarat, pengantungan larangan kehadiran penonton di Stadium Negeri, Sarawak.

"Setelah meneliti rayuan yang dilakukan oleh Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS) dan berdasarkan nasihat daripada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM), kami memutuskan untuk membenarkan kehadiran penonton pada perlawanan Liga Super antara pasukan Sarawak dan Selangor pada 6 Jun ini dengan bersyarat," katanya.

Beliau berkata syarat dikenakan ialah FAS perlu memastikan bahawa mereka mampu menyediakan keselamatan yang secukupnya bagi menghalang daripada berlakunya sebarang insiden kekecohanan dan salah laku penyokong.

"Kita akan menghantar seorang pegawai dari jawatankuasa tatatertib untuk memantau tahap keselamatan pada hari tersebut, sekiranya tidak berlaku sebarang insiden kita akan menarik terus hukuman pengantungan yang telah dikenakan ke atas Stadium Negeri, Kuching," katanya.

FAS sebelum ini berdepan dengan hukuman denda RM46,000 dan hukuman bermain di Stadium Negeri, Kuching tanpa penonton selama empat perlawanan berkuatkuasa 10 Mei.

ukuman itu meliputi kesalahan seperti gagal menyediakan kawalan keselamatan yang berkesan serta penggunaan kata-kata kesat dan provokasi kepada pegawai perlawanan ketika dua perlawanan di Stadium Negeri iaitu ketika menentang Lion XII pada 17 Mac dan ketika menentang Kelantan pada 7 April. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan