Peter Butler Optimis Mahu Letak Terengganu Pada Kedudukan Terbaik Dalam Liga Super

Diterbitkan: Selasa, 15 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Ketua jurulatih bola sepak Terengganu yang baru, Peter Butler optimis meletakkan skuad Penyu itu pada kedudukan selayaknya dalam baki saingan Liga Super musim ini.

Kehadiran Butler, 46, yang menduduki kerusi panas Terengganu bukan lagi spekulasi apabila jurulatih itu disahkan mengisi tempat yang dikosongkan pengendali sebelum ini, Mat Zan Mat Aris mulai semalam.

"Mudah-mudahan saya akan membawa sukses kepada Terengganu dengan sedikit perubahan dibuat. Pemain juga perlu bekerja keras dan mempunyai disiplin bagi meraih kejayaan pasukan," katanya ketika ditemui pemberita di sini, Selasa.

Jurulatih yang berasal dari Halifax, England itu secara rasmi akan memulakan tugas pertamanya pada 1 Jun dengan dibantu penolong jurulatih Khalid Mohd Dahan.

Kontrak Butler selama 18 bulan itu akan berakhir pada 30 November 2013.

Sebelum memilih Terengganu, Butler yang merupakan bekas jurulatih pasukan Liga Super Indonesia, Persiba Balikpapan pernah mengemudi Kelantan pada 2009 dan berhijrah melatih kelab Yangoon United FC dari Myanmar sebagai pengarah Teknikal selama setahun. Beliau kemudiannya memilih kelab BEC Tero Sasana dalam saingan Liga Super Thailand sebelum sekali lagi membimbing Kelantan bermula Januari lepas sebelum ditamatkan kontrak gara-gara kritikan pedas terhadap persatuan bola sepak negeri itu.

Jurulatih yang fasih berbahasa Melayu itu, berkata beliau berharap Terengganu mampu mencatat kemenangan besar dalam baki 10 perlawanan sebelum tirai Liga Super musim ini dilabuhkan.

Butler berkata bagi mencapai matlamat itu beliau memerlukan kerjasama dan sokongan daripada pemain serta sokongan berterusan peminat bagi mengembalikan moral pemain. Terengganu kini menghuni di tangga keempat dengan meraih 26 mata daripada 16 perlawanan.

Sementara itu, Setiausaha Kelab Penyokong Bolasepak Terengganu (Peteh) Wan Mohd Azmi Wan Ngah berkata pihaknya akan tetap memberi sokongan walaupun siapa yang dipilih sebagai jurulatih asalkan berkaliber.

Kehadiran Butler diharap akan lebih menyemarakkan arena bola sepak negeri dan Peteh akan memberikan kerjasama kepadanya, katanya yang turut meminta peminat bola sepak Terengganu bersikap profesional bagi menjaga nama baik negeri dan pasukan. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan