Peminat Bola Sepak Kelantan Diminta Jaga Nama Baik Negeri

Diterbitkan: Selasa, 15 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BAHARU: Peminat bola sepak Kelantan diminta menjaga keselamatan dan nama baik negeri itu pada pertandingan akhir Piala FA di mana pasukan negeri akan bertemu Sime Darby di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada Sabtu ini.

Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meminta peminat bola sepak Kelantan supaya menjaga keselamatan pergi dan balik semasa menonton perlawanan akhir bola sepak itu, serta menjaga nama baik negeri.

"Mereka patut menjaga nilai-nilai semangat kesukanan yang sebenar di jiwa mereka serta menghargai apabila mereka diberi cuti peristiwa selama sehari Ahad ini sempena perlawanan bola sepak itu," katanya dalam laman sosial Facebooknya pada Selasa.

Kira-kira 50,000 peminat bola sepak dari negeri itu dijangka membanjiri Stadium Nasional Bukit Jalil bagi memberi sokongan kepada pasukan The Red Warriors itu.

Kerajaan negeri juga telah mengumumkan hari Ahad sebagai cuti peristiwa bagi memberi peluang kepada penyokong Kelantan pulang dengan selesa selepas menyaksikan perlawanan akhir Piala FA. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan