Mancini Sahkan Mario Balotelli Kekal Bersama City

Diterbitkan: Selasa, 15 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Mario Balotelli dilayangkan kad merah pada perlawanan menentang Arsenal baru-baru ini.
Mario Balotelli dilayangkan kad merah pada perlawanan menentang Arsenal baru-baru ini.

ROBERTO MANCINI mengesahkan pada Selasa bahawa Manchester City tidak akan menjual pemain kontroversi mereka, Mario Balotelli.

Bekas penyerang Inter Milan itu yang sering dilayangkan kad merah kerana sikap peliknya di atas padang sebelum ini disebut-sebut akan kembali kepada Serie A.

Spekulasi itu menjadi lebih kuat selepas dia dibuang padang dalam perlawanan menentang Arsenal sehingga mendorong Mancini untuk mengeluarkan kenyataan yang pemain itu mungkin terpaksa dijual kerana tidak ada siapa yang dapat mengawal 'kegilaannya'.

Ekoran dari itu, AC Milan dikatakan sedia menukar pemain itu dengan penyerang mereka, Zlatan Ibrahimovic.

Jurucakap Balotelli, Mino Raiola, pada masa yang sama turut menegaskan, pemain berusia 21 tahun itu tidak akan meninggalkan City tahun depan.

Dalam pada itu, Balotelli yang bertanggungjawab menghantar bola kepada Sergio Aguero bagi membolehkan pemain Argentina itu menjaringkan gol kemenangan kepada City ketika menentang QPR pada minit ke-94 - sekaligus menyumbang kejuaraan liga kepada mereka dalam tempoh 44 tahun - telah disenaraikan dalam skuad awal Itali untuk Euro 2012.

Balotelli menyertai City dari Inter Milan pada Ogos 2010 dengan menandatangani kontrak selama lima tahun sehingga Jun 2015.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan