50,000 Penyokong Bola Sepak Kelantan Dijangka Penuhi Stadium Nasional

Diterbitkan: Isnin, 14 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BAHARU: Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) menjangkakan kira-kira 50,000 penyokong pasukan Kelantan akan membanjiri Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) bagi perlawanan akhir Piala FA antara pasukan Kelantan dan Sime Darby FC Sabtu ini.

Presiden KAFA yang digantung daripada sebarang aktiviti berkaitan bola sepak, Tan Sri Annuar Musa berkata Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) bagaimanapun hanya mengeluarkan 30,000 tiket untuk perlawanan tersebut.

"Setakat ini, 12,000 daripada 20,000 tiket telah habis ditempah sehingga hari ini dan baki 10,000 lagi dijual di Kuala Lumpur.

"Berikutan itu, kita hanya menjual 8,000 tiket sahaja di kaunter Stadium Sultan Muhammad IV bermula hari ini dan esok," katanya pada sidang media sempena pelancaran CD Dikir Warriors dan Jualan Tiket Piala FA anjuran Kelate.net di sini, Isnin.

Hadir sama Naib Presiden KAFA Datuk Ismail Mat Nor, Pengurus pasukan Azman Ibrahim dan Timbalan Presiden Kelate.net Mahizi Mahmood.

Annuar berkata pihaknya akan cuba mendapatkan 20,000 tiket tambahan bagi perlawanan akhir tersebut bagi menampung permintaan penyokong yang tinggi.

Beliau berharap agar perlawanan pada kali ini tidak dicemari sebarang insiden buruk yang boleh mencalarkan imej Kelantan dengan mengelak sebarang provokasi kepada pihak lawan.

"Saya menyeru kepada penyokong yang hadir supaya mengikut peraturan yang telah ditetapkan FAM pada perlawanan akhir tersebut dan tunjukkan sokongan yang positif kepada para pemain ketika perlawanan berlangsung.

"Sehubungan itu, saya berharap tiada sebarang insiden buruk dan pergaduhan yang berlaku pada malam itu," katanya.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata KAFA akan memberi bonus kepada para pemain sebagai insentif jika Kelantan berjaya merangkul gelaran juara pada perlawanan akhir Piala FA tersebut.

"Pemberian bonus ini kita sering lakukan, namun jumlah yang diberi kepada pemain tidak akan didedahkan kerana saya mahu mereka bermain dengan bermaruah, bukan untuk mendapatkan ganjaran semata-mata," katanya.-BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan