Solbakken Dilantik Pengurus Baru Wolves

Diterbitkan: Sabtu, 12 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Solbakken dilantik mengemudi pasukan Wolves musim depan.
Solbakken dilantik mengemudi pasukan Wolves musim depan.

BEKAS jurulatih FC Copenhagen dan Cologne, Stale Solbakken dilantik sebagai pengurus baru pasukan Wolves, Jumaat.

Solbakken menggantikan tempat Mick McCarthy yang dipecat Februari lalu.

Bekas pemain antarabangsa Norway berusia 44 tahun itu sebelum ini menjari taruhan untuk menguruskan pasukan Molineux musim depan.

Solbakken meraih 58 kap untuk Norway di antara tahun 1994-2000 dan turut beraksi dalam Liga Perdana Inggeris bersama Wimbledon pada lewat 90-an.

Dia bersara menjadi pemain pada tahun 2001 selepas mendapat serangan jantung.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan